BAB 4

Romance Completed 9712

Permainan PSP tak disentuh walaupun bateri sudah pun dipenuhkan. Perkara yang berlaku pagi tadi sebelum bertolak ke Universiti amat memusingkan kepala Ian .Nazim lebih memilih untuk bermain dengan sebuah keychain Berry yang diberi gadis semalam.

“Pahal ni? Termenung je”. Tegur Amir.

Ian menoleh ke arah rakannya itu.

“Pelik tak kalau aku bagi tahu dekat kau adik aku lebih pick keychain daripada PSP? Kau pun faham kan dengan perangai sebenar Nazim tu”.

“Pelik lah jugak tapi ada satu perkara lagi pelik”.

Ian mengangkat kening.

“Apa?”

“Alah, buat-buat tak tahu pulak. Girl mana yang kau tersangkut ni? Ingat aku tak perasan semalam? Makan tersenyum-senyum, time nak balik tu tersenyum-senyum”.

Terdiam Ian dibuatnya. Amir bangun dan menuju ke kaunter apabila soalannya diendahkan.

‘Takkan ketara sangat kut’. Desis hatinya.

Tiba-tiba, jantungnya berdebar kencang sekali lagi seperti semalam. Dia dapat merasakan kehadiran gadis semalam. Jus Berry yang diminta dihirup dengan straw. Berry? Sejak bila pulak, suka air Berry ni? Matanya terpempan seketika dengan seorang gadis yang lalu dihadapannya.

“FillesBerry”. Ian memanggil. Dia pasti itu gadis semalam. Tak sangka pulak satu U.

Aina menghentikan langkahnya. Tiba-tiba perasan sendiri ada orang memanggilnya dengan gelaran ‘Berry Lady. Memanglah dia akan perasan sebab corak buah yang ada pada sling bag dan keychain nya seakan panggilan itu untuk dirinya.

Aina menoleh ke arah suara itu.

“Awak? Abang Nazim?” Soal Aina apabila melihat wajah lelaki yang memanggilnya. Dia tidak berapa pasti sebab semalam dia tidak memerhatikan secara keseluruhan wajah Ian ini.

Ian tersenyum dan berdiri di hadapan gadis itu.

“Busy ke? Ada kelas?”

Aina menggeleng.

“Baru nak lunch. By the way, macam mana dengan Nazim? Dia okay?” Ramah Aina bertanya tetapi matanya tidak terus-terusan memandang wajah Ian.

“Itu yang saya nak bincangkan”.

Aina mengerut dahi.

“Kenapa dengan Nazim?”

“Kita lunch sama-sama sambil tu kita bincang”.

“Okay tapi saya nak ajak kawan saya sekali”. Jawab Aina sambil menarik Intan yang berada berhampiran dengan mereka.

Soalan Ian banyak mengundang kepada jawapan senyuman daripada Aina. Aina pun menjelaskan perkara yang sebenar. Aina sebenarnya sudah mengikat janji dengan Nazim agar menjaga keychain Berry yang diberinya sebaik mungkin kerana ganjaran permainan akan diberinya nanti.

“Saya tak tahu pulak yang dia akan serius jaga keychain tu”.
Ian tersenyum mengenangkan adiknya itu.

‘Nazim, Nazim… .Anything for game kan?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience