BAB 11

Romance Completed 9712

Ian memperkemaskan lagi rangkulannya di pinggang isterinya ini.

“Sayang bukan seperti bulan tu tapi seperti matahari”. Ujar Ian.

Aina memasamkan mukanya.

“I knew I was not beautiful like the moon but why should the sun?”

Ian ketawa kecil.

“You are not beautiful like the moon because you are more beautiful than the moon. And you not such the moon which everyone see uncovered but you such the sun which makes eyes bow down before seeing it. Dapat tak apa yang suami awak cuba sampaikan ni?”

Aina yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman, mengangguk kecil. Dia bersyukur kerana hasil didikan ibubapanya, dia menjadi seorang muslimah yang hidup sekadar untuk mengharapkan keredhaan Allah.

“Dan sayang kena tahu yang pengukur kecantikan sebenar ialah berdasarkan akhlak dan peribadinya, juga keimanan dan kecintaannya kepada pencipta Yang Agung”. Ujar Ian lagi.

Aina berasa senang dengan setiap butir bicara daripada bibir suaminya ini.

“Jika awak benar kasih dan cintakan saya, bawalah saya ke jalan Allah. Nasihatilah saya. Perbetulkan kesilapan saya. Lindungilah saya, jadilah Imam terbaik dan saya harap awak boleh terima segala kekurangan yang ada pada diri saya”. Tutur Aina Malyka pula.

Terukir senyuman di bibir Ian tatkala mendengar luahan hati isterinya.

“InsyaAllah. Saya akan lakukan yang terbaik”. Jawab Ian sambil mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya.
Nampak mudah perancangan yang Allah berikan, tapi untuk memiliki hati pemilik nama Aina Malyka bukanlah mudah. Ian tahu akan ada lagi banyak dugaan yang perlu ditempuh mereka berdua, namun dia tahu doa adalah bekalan dan senjata orang mukmin, dia menyerahkan dunia dan akhirat termasuk kebahagiaan rumahtangganya pada Allah SWT. Dia bersumpah akan sentiasa mencuba dan berusaha menjadi yang yang terbaik sebagai suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience