BAB 11

Romance Completed 9712

Selepas selesai berhias ringkas, dia keluar dari bilik dan ternampak satu nota tertampal di dinding.

~Saya boleh nampak sesuatu yang cantik seperti awak dari sini tapi agak sukar untuk dicapai~

“Teka teki apa ni? Sesuatu yang cantik? Dapur? Apa yang cantik? Laman dekat bawah? Kan ada bunga-bunga yang cantik tapi senang je nak dicapai. Ish.. apa sebenarnya ni?”

Aina berfikir seketika.

“Cantik tapi sukar dicapai mean benda tu jauh lah. Jauh sangat-sangat sebab dia kata susah nak capai. Hmm, rasa macam… . Okay, tingkat atas sekali!” Aina menjerit gembira kerana dia sudah mampu meneka.

Tapi tiba-tiba dahinya berkerut-kerut.

“Atas sekali? Malam-malam macam ni?”

Tidak dipedulikan jantung yang berdegup kencang, dia hanya fokus memandang ke hadapan. Dia tidak memerlukan lampu suluh kerana beberapa lampu yang terpasang sudah mampu membuatkan dia nampak jalan.

Terdapat satu lagi nota pada pintu untuk sampai ke bahagian bumbung.

~Takut ke? Awak memang patut takut sebab ada something yang awak tak jangka selepas awak buka pintu ni. Nak patah balik? Tak takut ke? Sebab saya dah switch off lampu-lampu tadi. *gelakjahat*~

“Eee, Ian ni. Saje je”. Tutur Aina dengan degupan jantung bagai nak habis had kelajuan. Sangat laju.

Pintu itu dikuak dengan lafaz bismillah.

Aina memberanikan diri melangkah kaki ke sebuah meja yang dihias cantik dengan sebatang lilin menyala di bahagian tengah. Lapik mejanya menggunakan corak buah Berry, air yang tersedia pun seakan jus Berry dan tersedia di atas pinggan, beberapa buah Berry yang sudah siap dibuang kulitnya. Rambutnya ditolak angin malam. Ada nota lagi di atas meja itu.

~Silakan duduk, permaisuri hatiku~

Aina mengikut arahan. Sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi yang disediakan, sebuah kereta kawalan jauh menuju ke arahnya dan berhenti di sebelahnya. Ada beberapa nota di situ. Aina memandang sekeliling, ingin mencari kelibat Ian yang pastinya pengemudi kereta ini namun hampa. Dia mengambil kesemua nota itu.

Nota pertama.
~Saya jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali saya jumpa awak dekat Club house hari tu sebab awak gadis pertama yang mampu buat jantung saya berdegup kencang, Aina, I Love You Berry, Berry Much..~

Aina tersenyum manis dan menyelak nota seterusnya.

Nota kedua.
~Cara awak layan Nazim, membuatkan saya lagi pasti bahawa awaklah yang selayaknya berada dalam hati saya. Aura awak lain. Saya boleh rasa kehadiran awak walaupun belum nampak kelibat awak.~
‘Oh ye? Dia boleh rasa kehadiran aku?’

Nota ketiga.
~TAPI SAYA BENCI AWAK!~

Aina tersentak dengan nota ketiga itu. Wajahnya sudah bertukar kepada wajah yang risau. Dia risau jika kala ini Ian ingin meninggalkannya.

Terus diselak nota keempat.

~Eh, janganlah buat muka cuak macam tu sayang. Cuba senyum balik. Saya benci awak sebab awak dah ubah selera saya. Dulu, saya gila jus oren tapi disebabkan awak saya dah jadi suka dengan jus Berry .Lagi-lagi bancuhan istimewa daripada awak~

Aina menggeleng-geleng sambil tersenyum kembali.

‘Dia ni lah… Ingatkan apa tadi’.

Nota kelima iaitu nota terakhir.
~Ok dah last note. Kalau awak nak saya datang jumpa awak. Awak kena berdiri and lafazkan ayat yang pertama sekali terdetik di hati awak ketiika ini. Kalau tak, saya akan biarkan awak sorang-sorang dekat atas ni.~

“Ish, apa ni. Malu lah! Tapi dari kena tinggal sorang-sorang dekat sini?” Ujarnya seorang diri.

Aina bangun dan memejamkan matanya. Dia mengambil sedikit masa.

“Je t’aime!!!” Jerit Aina. Sengaja dia menggunakan bahasa French. Kurang sedikit malunya daripada guna bahasa melayu atau mat saleh.

“Je t’aime trop”. Bisik seseorang di telinganya dan pipinya dapat merasakan satu kucupan.

Aina terus membuka matanya.

“Ian, awak tahu tak….”.

Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya. Bibirnya sudah menjadi sasaran si suami. Terkejut gadis ini.

“Ya saya tahu”. Ujar Ian setelah dia melepaskan bibir Aina.
Ian memeluk pinggang Aina dari belakang dan memandang ke arah bulan penuh. Aina turut melemparkan pandangan ke tempat yang sama.

“Sayang nak tahu something tak?” Soal Ian lembut.

“Apa dia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience