BAB 8

Romance Completed 9721

Dia masih membelek-belek kertas tulisan Aina Kaisarah. Soalan di dalam borang itu seakan mudah ingin dia jawab. Dia terus tersenyum. Akhirnya, dia bakal menjadi milikku! InsyaAllah.

“Dah bersiap belum?”

Seseorang mengetuk pintu biliknya.

“Ye dah ma”.

SETELAH loceng ditekan, seorang wanita berusia membuka pintu rumah.

“Assalamualaikum makcik”. Jejaka kacak ini memberi salam

“Waalaikumussalam. Kawan Aina ye? Jemput masuk”.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah ini dan dijemput duduk di ruang tamu. Aina dipanggil di tingkat atas. Jejaka ini melemparkan senyuman kepada gadis yang tampak manis berbaju kurung ini tiba di ruang tamu. Aina menyalam tangan wanita yang merupakan emak kepada jejaka itu dan duduk di sofa yang sama dengan ibu dan ayahnya.

“Maafkan kami kalau kami mengganggu masa keluarga Encik Ilyas. Kami berhajat ingin merisik anak gadis Encik untuk anak teruna saya”.

Aina menundukkan wajahnya apabila dipandang jejaka itu.

Segala perbincangan berjalan dalam keadaan baik. Jejaka itu meminta ingin berbual seketika dengan Aina di luar.

“Macam mana awak boleh…”. Aina tidak menyambung soalannya apabila jejaka itu menghulurkan borang yang pernah ditulis Aina.

Dari soalan satu hinggalah yang kedua terakhir, semuanya betul tetapi jawapan yang terakhir…

Jawapan yang ditulis jejaka ini ialah :

‘Saya akan jawab soalan ni selepas kita nikah’.

“Mana boleh. Kalau jawapan tu salah macam mana?” Soal Aina.

“Saya yakin jawapan tu betul. Awak boleh terima saya tak?”

Aina mencebik. Comel!

“Mak ayah saya kan dah setuju. Tapi macam mana awak boleh dapat borang ni? Saya cuma bagi dekat Faris je”. Ya, soalan itu yang menghantuinya.

Ian tersenyum.

“Faris tu cousin saya. Saya yang mintak dia tolong tengokkan awak untuk saya dekat U dan ternyata awak pegang janji awak. Awak tak layan mana-mana lelaki pun dekat U tu. Lagipun, soalan dalam borang tu rasanya saya seorang je yang boleh jawab cuma soalan yang last tu je yang memerlukan sedikit ilmu. Tapi insyaAllah jawapan yang bakal saya berikan, betul”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience