BAB 3

Romance Completed 9712

Aina sibuk melayan karenah Nazim yang banyak membawa kepada gelak tawa. Budak lelaki ini mata petah berbicara. Aina turut mengambil kesempatan ini dengan membongkar rahsia abangnya. Banyak jugaklah yang bocor dan rasanya semua benar-benar belaka sebab budak-budak tak reti menipu.

“O jeune fille douce, je peux prendre mes orders?”

Hai gadis manis, boleh saya ambil pesanan saya?

“Quel est votre message?” Soal Aina kembali dalam bahasa French juga sebelum mengangkat wajah dari skrin laptop.

Aina mencebik apabila menyedari dirinya sedang dipermainkan.

“Ish awak ni. Saya ingatkan pelancong mana tadi”.

Ian tersengih.

“Tapi pandai jugak awak cakap dalam French. Saya nak tuntut adik saya balik dan coklat Berry saya”.

Aina menghulurkan ice blended yang diminta.

“Azim, jom balik jom”. Ian mengajak setelah menerima ice blended coklat Berry.

Nazim menggelengkan kepala.

“Tak nak”. Jawab si comel ini sambil membuat muka.

Aina membisikkan sesuatu di telinga Nazim dan tangannya memberi sesuatu kepada Nazim. Terus Nazim turun dari kerusi.

“Jom”. Nazim pula yang mengajak abangnya pulang.

Ian mengerutkan dahi. Pelik. Tapi perasaan itu dibiarkan sahaja di dalam hati apabila Aina sedang melayan tetamu. Ingin bertanya tetapi takut mengganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience