BAB 6

Romance Completed 9712

Garisau gusan mula kelihatan di wajah intan melihatkan keadaan Aina.

“Aina, kau tak payahlah datang. Kau tahu yang dorang nak kenakan kau kan? Allah dah bagi hint dah tadi dekat kau”. Beritahu Intan. Sebenarnya mereka berdua terdengar perbualan di antara Ruby dengan kawan-kawannya mengenai rancangan mereka untuk mengenakan Aina.

Aina yang sedang bersiap mengenakan Pashmina di kepalanya menjeling sekilas ke arah Intan sebelum memandang kembali ke arah cermin.

“Allah bagi hint untuk aku agar aku pergi party tu dan hentikan permainan dia. Sampai bila tradisi memalukan seorang perempuan junior depan orang ramai ni nak habis? Biar aku jadi orang terakhir yang kena dengan dia. Kau nak follow tak?”

Intan mengeluh sedikit lalu mengangguk.

AMIR TERSENGIH-sengih kepada Ian yang menjadi perhatian ramai setelah melangkah masuk ke dalam rumah bungalow ini.

“Datang jugak”. Perli Amir.

Ian dengan masamnya memalingkan mukanya kepada Amir.

“Desakan ibubapa ye bukan desakan hati yang terhegeh-hegeh nak datang party minah ni. Faham?”

Amir mengukir senyuman apabila mendengar jawapan rakannya itu.

“Siapa yang kena hari ni?” Soal Ian.

“Budak medic”.

Ian menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Ruby dan pengikutnya yang sudah siap bersedia di pintu utama dengan pelbagai bahan-bahan masakan di tangan. Kelihatan Ruby sedang bercakap di dalam telefon. Mungkin terdapat seorang lagi rakannya yang menjaga bahagian depan untuk memberitahu posisi sasaran mereka.

“Dia dah masuk? Okay, thanks babe”. Ujar Ruby sebelum mematikan telefon bimbit.

Ruby dan kawan-kawannya menanti dengan penuh wajah kegembiraan yang penuh kejahatan plus kegedikan melampau. Lama mereka menanti. Tidak muncul juga. Rakan-rakan yang lain sudah mula berbisik-bisik. Ruby pula bercakap-cakap lagi di dalam telefon. Ian pula bedebar semacam. Debarannya sama ketika dia bertemu dengan ‘dia’.

“Tunggu saya ke?” Ujar satu suara di bahagian belakang. Ya, Aina memilih untuk masuk menggunakan pintu dapur kerana dia sudah menyoal siasat pelajar-pelajar yang pernah dikerjakan Ruby ini. Jadi, dia dah tahu strategi yang diatur Ruby.

Walaupun sekadar mendengar suara. Ian cukup pasti dengan gerangan suara itu. Rata-rata kesemua yang menghadiri partu hari jadi ini terkejut termasuklah Kepala kepada semua ini

“Eh, macam mana…”. Berkerut-kerut dahi Ruby apabila menyedari rancangannya gagal.

Muzik yang tadinya bingit sudah kehilangan suara.

“Akak nak prank saya kan? Prank lah! But let me be the last one”. Tutur kata Aina memakukan setiap pergerakan. Intan sudah berada di sebelahnya.

‘Gadis Berry’. Desis hati Ian.

Ruby segera menghampiri Aina.

“Hey! You jangan nak perasan sangat yang I nak prank you, okay? If I nak prank you pun you tak ada hak untuk arah I”. Balas Ruby yang berpakaian mini skirt dan tank top.

Aina memberanikan diri mendekatkan lagi tubuhnya di hadapan minah rambut merah ini.

“Saya hormat akak as my senior. So please, hentikan tradisi merepek ni”. Lembut Aina bersuara.

Ruby merasakan maruahnya tercabar ketika ini. Tubuh Aina sudah ditolak kasar dan membuatkan Aina tumbang. Tangan kanan Ruby sudah naik ke atas untuk menampar pipi gadis berani ini. Aina sudah memejamkan matanya.

“Stop it!” Tengking satu suara sambil menahan tangan Ruby daripada menyentuh pipi Aina.

Ruby geram. Aina membuka matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience