BAB 7

Romance Completed 9712

“Honey, I tak berniat nak sakitkan dia but you tengok sendirikan apa yang dia buat dekat I”. Tutur Ruby dengan wajah yang minta dikasihani.

“Tak berniat? So, prank semua ni apa? Dah hampir empat tahun berturut-turut kau adakan parti untuk memalukan orang ni and kau cakap kau tak berniat?! Memang betul apa yang aku lakukan selama ni. You will never be my wife!” Tengking Ian dan terus mendapatkan gadis yang terjatuh itu.

Wajah Ruby sudah kelihatan merah. Semestinya dia berasa malu dengan kenyataan jujur daripada Ian.

“Terima kasih”. Ucap Aina apabila Ian .ingin membantunya untuk bangun tetapi gadis ini menepis. Dia tidak selesa apabila ada lelaki ajnabi ingin menyentuhnya walaupun berlapik dan dalam keadaan darurat. Aina masih berasa sakit pada bahu kanannya yang terkena bucu meja tadi.

Ian melemparkan senyuman buat gadis itu.

“Start daripada sekarang, tak ada lagi tradisi prank ni. Faham?!” Ujar Ian tegas sambil matanya meliar memandang kesemua hadirin.

Mereka yang lain mengangguk-angguk.

“Kau memang perempuan tak guna! Perempuan sial! Perampas!” Jerit Ruby sambil bertindak ingin mencederakan Aina dengan pisau di tangannya.

Pang!!!

Tangan kanan Ian bertindak secara automatik menampar pipi Ruby dan secara tidak langsung tangan kanan itu sedikit tercedera kerana terkena pisau yang dipegang Ruby. Sekali lagi kesemua hadirin terkedu termasuklah Aina yang berada di sisi lelaki itu.

“You…”. Mati bicara Ruby apabila melihat darah yang keluar dari tangan Ian.

“Kau ni apa hal?! Kena sampuk? Sampai nak main dengan pisau pulak”.

Tangan kiri Ian memegang bahagian tangannya yang luka.

Seorang lelaki berusia sedang membersihkan lukanya. Seorang gadis pula sedang meletakkan ‘mug’ di hadapannya. Hanya gadis ini yang mampu menambah kelajuan degupan jantungnya. Hanya Gadis Berry ini.

“Kejap lagi, baik lah ni”. Ujar lelaki berusia itu yang mematikan lamunan Ian.

Ian menoleh ke arah Aina sekilas dan kemudian ke arah lelaki berusia itu.

“Terima kasih”.

“Eh, tak. Pakcik yang kena ucap terima kasih dekat kamu pasal tadi. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi dekat Aina ni ha. Itulah dia ni, berlagak berani sangat”. Jawab lelaki berusia itu yang sepertinya merupakan ayah kepada Aina.

Aina sedikit mengeluh.

Ian tersenyum.

“Memang dia berani pun. Saya salute keberanian dia tu”.

Aina tersenyum sedikit. Ian mengambil ‘mug’ yang dihidangkan Aina itu dan menghirupnya.

Lelaki berusia itu menoleh ke arah anak gadisnya.

“Kamu bancuh air apa?”

“Berry”. Jawab Aina ringkas.

Lelaki berusia itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kamu ni lah. Berry, Berry, Berry. Lain kali bancuhlah kopi ke teh ke”.

Aina tidak menjawab.

“Eh tak apalah pakcik. Saya memang suka air Berry”. Celah Ian.

“Kalau macam tu, tak apa lah. Kamu balik macam mana ni? Tidur sini je lah”. Cadang lelaki yang berusia itu.

“Betul cakap ayah ni, Aina. Suruh kawan kamu tu tidur sini je. Macam mana tangan tu nak memandu”. Sokong si ibu pula sambil memandang tangan Ian yang berbalut.

Aina menoleh ke arah Ian.

“Betul jugak cakap ibu dengan ayah saya. Awak tak boleh drive. Nak dapat teksi pun susah malam-malam ni. Or awak nak try call sesiapa ambik?” Cadang Aina. Dia berasa tidak selesa juga apabila ada lelaki ajnabi tinggal di rumahnya.

Ian mengangguk.

“Saya try call”.

Telefon bimbit dicapai. Beberapa butang ditekan.

“Pak Din, boleh tolong ambik Ian dekat rumah kawan tak? Nanti saya mesejkan alamat dan tolong bawa Pak Nuh sekali”. Ian menyuruh pekebunnya datang sekali untuk memandu keretanya. Tadi pun, Aina yang drive. Amir ada emergency call dari rumah. Intan sudah pun dihantar balik terlebih dahulu. Intan dan Aina dihantar ayah Aina untuk sampai ke parti itu.

Talian sudah pun dimatikan.

“Terima kasih banyak-banyak dekat pakcik, makcik, Aina sebab sudi tumpangkan saya sekejap”.

“Tak ada apa sangatlah. Sementara tunggu orang datang nak ambik, jemputlah makan dulu. Mesti tak sempat makan tadi”. Ibu Aina mengajak. Aina pun sudah menceritakan segala yang terjadi. Memang tak dapat makan pun, dapat sakit tapi puas hati sebab prank is over!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience