BAB 7

Romance Completed 9712

Tan Sri Fikri pada mulanya tidak mempercayai kata-kata anaknya itu. Namun, apabila berita ini meluas melalui media dan ditambah pula dengan kecederaan tangan anaknya itu, beliau sudah mula mempercayainya. Tidak disangka-sangka perempuan yang ingin dijodohkan dengan anaknya ini, berkelakuan jahat.

“Okay then. Papa and mama will not force you again for wedded to our choice”. Ujar Tan Sri Fikri di samping isterinya.

Ian melemparkan senyuman.

“Thank you so much pa, ma”.

“Ian dah ada pilihan sendiri ke?” Soal Puan Maryam.
Ian tersenyum lalu mengangguk. Berry Lady mula muncul di mindanya.

INTAN menoleh ke arah rakannya yang tersenyum sendiri.

“Ehem, kenapa dengan kau ni?”

Aina menggeleng.

“Nope, tak ada apa. Cuma aku puas hati sangat sangat sebab tak ada siapa lagi yang bakal menjadi mangsa”. Jawab Aina. Tradisi di U yang mengamalkan ‘prank’ ini sudah berakhir.

“Yup, aku bangga dapat kawan macam kau. By the way, hari ni last day kan? Pastu kita cuti and jumpa lagi tahun depan. Tahun akhir kita”.

Aina tersenyum. Entah kenapa dia teringatkan Nazim. Eh tak, abang kepada Nazim.

“Awak”. Seseorang memanggilnya dari arah depan.
Aina menoleh.

“Aina, aku gerak dulu lah”. Tutur Intan dan berlalu pergi sebelum sempat mendengar jawapan daripada Aina.

Ian sudah duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan gadis berselendang itu.

“Nama saya, Ian Luth. Orang panggil saya Nazim dan saya budak bisnes. Awak?”

Aina mengerut dahi. Tiba-tiba je.

“Saya, Aina Kaisarah. Orang panggil saya Aina dan saya budak medic”. Aina menjawab juga walaupun dia berasa pelik.

“Okay, sekarang kita dah kenal. Saya tunggu awak lepas awak habis study. Jadi tolong, kunci hati awak. Jangan biar sesiapa curi hati awak dulu. Janji dengan saya ye?”

Tanpa mendengar jawapan daripada Aina, Ian terlebih dahulu berlalu pergi dengan hanya meninggalkan senyumannya. Ian memegang dada di bahagian kirinya. Kencang lagi. Dia tersenyum sendiri.

Beberapa bulan berlalu pergi,

TAHUN akhir ditempuh dengan pelbagai cabaran dan entah kenapa baru saat ini dia terasa rindu akan seseorang. Baru sekarang perasaan ini hadir. Dulu ketika dia berada di depan mata, perasaannya hanya biasa-biasa. Sudah lama mereka tidak bertemu. Yelah, dia tu dah habis study. Buat apa nak datang U lagi.

“Semua kumbang yang datang, kau tolak mentah-mentah je. Dah berpunya ke?” Usik Intan.

“Aku cuma nak fokus study je lah”. Satu suara di dalam hatinya pula berkata, ‘Fokus study atau tunaikan janji?’
Aina meraup wajahnya.

‘Ya Allah, sampai sekarang aku masih kurang pasti tentang ayat terakhir daripada dia. Dia minta aku kunci hati ku daripada dicuri lelaki ajnabi ke? Benarkah yang dia sukakan aku? Ataupun itu sekadar satu gurauan?’

“Aina”. Panggil seseorang tetapi yang pastinya bukan Intan.
Lelaki yang merupakan rakan sekelasnya yang memanggil.

“Kenapa?”

“Nak tanya sikit. Kau ada layan ke mana-mana mamat yang nak try kau?” Soal Faris.

“Dia tak layan satu pun. Apahal? Kau nak masuk line?” Celah Intan.

Faris seakan lega sedikit.

“Memang pun. Macam tahu-tahu je. Borang nak dapat dekat mana?”
Aina tersenyum. Malas ingin melayan Faris yang suka loya buruk itu.

“Cik Aina oi, aku serius ni. Kau boleh tak layan pulak”.

“Kejap ye. Aku tengah buat borang ni kalau kau dapat jawab, aku secara rasminya akan menjadi isteri kau. Amacam?” Soal Aina sambil mengangkat keningnya.

Intan sudah menjegilkan matanya.

“Aina, kau ni. Karang si Faris ni buat serius. Mampus kau kena jadi bini dia”. Balas Intan yang masih terkejut.

“Apahal pulak kalau Aina ni kahwin dengan aku dia mampus? Apa kau fikir aku ni teruk sangat ke? Pape pun, aku pegang janji kau, Aina”.

Aina yang sudah selesai menulis, menghulurkan kertas itu kepada Faris.

“Serius ni Aina? Aku pegang janji kau”. Ujar Faris yang sudah mendapatkan borang daripada Aina.

Aina mengangguk.

“Ye, aku serius”.

Faris sudah berlalu pergi dengan senyuman.

“Aina!” Intan masih tidak percaya.

Aina membalas dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience