BAB 4

Romance Completed 5795

“Er…. Kasih, ni abang nak kenalkan kawan abang. Juga cikgu baru kat kampung kita. Ihsan nama dia.” Kasih tunduk dan tidak bersuara. Dia hampir untuk berlalu apabila Rahim menganggilnya.

“Engkau jelah yang cakap. Takkan aku pulak.” Bisik Rahim.

“Taklah aku. Seganlah.”

“Niat kau kan? Baik kau cakap sendiri. Lagi pun dia bukannya makan orang. Kau nak segan kenapa?”

“Er….er… Cik….” Aduh gagaplah pulak.

“Er….Cik…”

“Kasihlah nama dia.” Sergah Rahim membuatkan Ihsan terkejut.

“Yelah… aku tahu.”

“Habis tu yang kau gagap tu kenapa?”

“Nervous tau.”

“Hish! Macam kau tak ada hidung. Buat malu kaum lelaki je kau ni.” Rahim masih lagi berbisik.

“Ye, kenapa?” Kasih mengerutkan keningnya. Pelik dengan kelakukan Ihsan dan Rahim yang berbisik sesama sendiri.

“Kasih, nak minta tolong boleh tak?”

“Ye?”

“Saya nak order kuih koci seratus. Nak bawa ke surau hujung minggu ni. Boleh?” Kasih tersenyum. Ingatkan apa dia tadi. Sampai susah sangat nak bercakap. Nak order kuih je pun.

“Boleh, inshaallah….” Kasih tidak mahu lebih lama di situ. Lagi lama di situ mungkin lagi tergeliat lidah Ihsan untuk bercerita. Akhirnya dia melangkah masuk semula ke dapur untuk meneruskan kerjanya yang tertangguh. Ihsan tersenyum puas.

“Kalau kau nak tahu bukan kuih koci saja yang sedap kat sini. Karipap telur, epok-epok, Talam berlauk, Bingka pulut dan kuih bakar berlauk pun ramai orang tempah dengan dia. Untung sapa yang kahwin dengan dia.”

“Eh, dia tak kahwin lagi ke? Cantik macam tu takkan tak ada orang nak.” Tanya Ihsan separuh terkejut. Dengan wajah cantik penuh sopan, mustahil tiada siapa yang tidak jatuh hati dengan Kasih.

Rahim tersenyum penuh tersirat.

“Kenapa?”

“Dia pernah bertunang. Tetapi mungkin tiada jodoh antara mereka bila Arif kemalangan sehari sebelum dia bernikah. Akhirnya kenduri kahwin dia menjadi kenduri tahlil. Kesian dia. Sudahlah si Fikah dengan Wati minah kilang yang kita jumpa pagi tadi tak habis salahkan si Kasih.” Cerita Rahim. Hati Ihsan mula rasa dengan getaran yang tidak boleh digambarkan. Kasihan? Sedih? Semuanya bercampur.

“Ajal dan maut ditangan Allah. Tiada siapa yang boleh melawan.”

“Ye memang. Ada ke patut minah kilang tu kata yang Kasih tu pembawa malang. Si Kasih tu buat pekakkan telinga bila dikata macam tu. Aku pun kesian dengan dia. Aku yakin satu hari terkuncilah mulut minah-minah tu mengata si Kasih.” Ihsan memandang kepada Rahim. Meneliti setiap cerita yang terbit dari bibir sahabatnya itu.

Ihsan dan Rahim berlalu setelah menikmati hidangan tengahari itu sambil membungkus untuk Pak Rahmat. Ihsan sempat membeli kuih kegemarannya. Terbuntang mata Rahim melihatkan Ihsan yang memborong kesemua kuih koci itu. Sambil itu matanya sempat melirik kepada Kasih. Kasih juga terkejut dengan Ihsan yang telah memborong kesemua kuih kocinya.

“Kuih lain tak nak ke?” Tanya Kasih yang hairan dengan sikap Ihsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience