BAB 5

Romance Completed 5795

“Saya ni hantu kuih koci. Tambah lagi kuih koci pulut ni. Yang lain tak berapa sangat. Tapi…. Tak apalah. Bungkuskan saya talam berlauk tu seringgit. Tak pernah pula saya makan kuih ni.” Riang sahaja Ihsan menyambutnya.

“Eh, kau ingat makan kuih koci macam makan nasi ke Ihsan. Banyak sangat ni. Aku tahulah kau suka dengan kuih ni tapi takkan banyak macam ni.” Tegur Rahim.

“Jangan risaulah. Aku boleh habiskan. Betul tak Kasih?” Kasih tersentak. Wajah Kasih berubah. Pertanyaan Ihsan tidak dijawab.

“Kasih?” Kasih tersentak.

Ihsan memandang kepada Kasih. Perubahan wajah Kasih itu benar-benar memberikan tanda tanya buat dirinya. Tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri. Ah, adakah tersalah cakap atau kurang ajar perilakunya sehingga menyebabkan Kasih yang rasa gelisah?

Perasaan Ihsan dengan penuh tanda tanya akhirnya diluahkan sewaktu mereka menikmati minum petang. Semenjak dia terpandangkan riak Kasih yang tiba-tiba berubah itu sering bertandang di fikirannya.

“Rahim, kau sedar masa aku beli kuih koci dengan Kasih tadi? Kenapa dia macam takut semacam je? Aku ada buat salah ke? Atau aku ada buat tak elok dengan dia. Bila dia takut macam tu aku pun takut sama.”

Rahim diam.

“Aku bercakap dengan kau ni Rahim. Yang kau diam je ni kenapa?”

“Yang sebenarnya tingkah laku kau dah membuatkan dia teringatkan arwah Arif.” Terkejut Ihsan dengan kata-kata Rahim itu.

“Maksud kau?”

“Arwah Arif suka dengan kuih koci. Kalau boleh hari-hari dia nak makan kuih tu. Tambahan lagi dengan air tangan Kasih. Arif jatuh cinta dengan Kasih sebab kuih tu, dan juga sifat Kasih yang membuatkan Arif mengambil keputusan untuk meminang Kasih.” Ihsan terkedu saat mendengarkan cerita Rahim itu.

“Sekarang ni aku dah ingatkan dia kepada arwah Arif?” Rahim mengangguk. Debaran Ihsan kembali lagi. Hatinya bagaikan tidak tenang bila mendengarkan cerita dari Rahim.

“Assalamualaikum!” Ihsan dan Rahim berpaling serentak.

“Eh, Wati. Ingatkan siapa. Tak pernah datang sini ada hal penting ke?” Tanya Rahim.

“Tak…. Ini Wati ada buat kuih. Ada lebih itu yang datang bawa sini.” Ujar Wati tersipu-sipu. Dia kemudiannya menyerahkan kuih karipap kepada Rahim.

“Hai, sebelum ni tak pernah pun nak bagi kuih. Hari ni mimpi siang hari ke sampai boleh hantar kat sini?” Tegur Rahim.

“Adalah cikgu. Cikgu tak perasan kot.” Nampak resah di wajah Wati. ‘Aduh! Kalaulah dia tahu tujuan aku nak nak berkenalan cikgu baru mati aku!’

“Sempat juga Wati buat karipap ye. Balik pukul lima tak sampai setengah jam dah siap. Ini mesti panas lagi.” Ya! Kali ini Wati merasakan mukanya membahang dengan kata-kata Rahim itu. Wajah Wati menjadi kelat. Hasrat untuk berbaik dengan cikgu baru akhirnya dia disindir.

Ihsan hanya mampu tersenyum dengan perbualan antara Rahim dan Wati. Betapa teruk dia kenakan Wati.

“Macam pernah tengok je karipap ni ye. Tapi kat mana ye. Macam kat kedai Mak Lijah je.” Sakat Rahim lagi.

“Hish! Tak baik kau cakap macam tu. Orang dah bagi tu ambik jelah.” Ihsan merasa kasihan bila Wati tidak putus-putus disindir oleh Rahim.

Wati tersenyum saat Ihsan bantu menyelamatkannya.

“Terima kasih.”

“Ihsan.” Ihsan memperkenalkan dirinya.

“Wati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience