BAB 10

Romance Completed 5795

“Baiklah. Saya memang berharap sangat, Kasih. Saya akan menunggu kata putus dari Kasih. Dan saya berharap Kasih akan berkata ‘ya’.” Kasih mengangguk.

Ihsan dan Rahim kemudiannya meneruskan perjalanan ke sekolah. Sesekali Rahim berpaling memandang kepada Ihsan. Kemudiannya permintaan Ihsan benar-benar membuatkan Rahim tertanya-tanya.

“Kau nak buat apa nak telefon ayah aku?”

“Adalah….”

Malam itu, seperti yang dipinta oleh Fikah, Ihsan bersiap untuk keluar. Rahim yang memandang kepada Ihsan bagaikan tidak senang duduk. Hatinya bagaikan dipaut rasa tidak senang. Hatinya mula dilimpahi dengan rasa yang tidak sedap.

“Aku temankan kaulah Ihsan. Aku tak percayakan si Fikah tu.” Sebolehnya Rahim ingin menemani Ihsan kerana bimbangkan sahabatnya itu.

Rahim benar-benar risau akan Ihsan. Sudahlah Ihsan baru di kampung itu. Hish! Dia tidak mahu memikirkan yang buruk. Dia berdoa agar tiada perkara buruk menimpa Ihsan.

“Kau jangan risaulah Rahim. Aku okey. Kau duduk je kat rumah ni diam-diam. Bukannya aku tak balik.”

“Kau ni jangan cakap main-main boleh tak? Buat aku seram jelah.”

“Aku okey.”

Ihsan berlalu meninggalkan rumah dan menuju ke rumah Fikah. Gilalah kalau hatinya tidak dipaut rasa debaran yang kencang. Pintu rumah tertutup rapat. Dia berdoa agar Fikah tiada di rumah. Ternyata doanya tidak dimakbul apabila melihatkan Fikah mula membuka pintu.

“Eh, cikgu. Masuklah.” Pelawa Fikah.

“Tak apalah Fikah. Kat sini saja. Ada apa-apa yang beritahu dengan saya ke?”

“Kalau ye pun masuklah dulu. Risau sangat cikgu ni.” Pelawa Fikah manja.

“Tak manis rasanya kalau saya masuk. Kita cerita kat sini sajalah.” Fikah turun dan segera menarik tangan Ihsan.

“Ala… kita bukan nak buat apa pun. Marilah. Cikgu duduk dulu.” Tersentak Ihsan apabila melihatkan Fikah yang bertindak menutup dan menguncikan pintu.

“Fikah! Awak buat apa ni?” Tersentak dengan tingkahlaku Fikah itu membuatkan Ihsan meninggikan suara. Dengan riak wajah yang tidak bersalah membuatkan Ihsan merasa tidak tenteram. Sudah gila agaknya budak ni.

“Sabar ye cikgu. Kita borak dulu.” Ihsan menjauhkan diri apabila Fikah sudah menghampiri dirinya.

“Yang sebenarnya Fikah dah mula jatuh cinta dengan abang Ihsan.”

“Fikah, awak ni betul ke tidak?”

“Betul. Fikah dah jatuh hati dengan abang Ihsan. Abang sajalah yang boleh jadi kekasih Fikah. Terima Fikah abang.” Ihsan menggelengkan kepala.

“Tidak, saya rasa saya tidak sesuai dengan Fikah. Mungkin ada ramai lagi lelaki yang lebih baik dari saya.” Kata-kata mengundang tawa dari bibir Fikah.

“Kenapa? Abang tak sayang dengan saya ke? Saya yakin, saya boleh membahagiakan abang.”

“Hati saya sudah menjadi milik orang lain. Bukan dengan Fikah. Maafkan saya kalau kata-kata saya ini mengguriskan hati Fikah.”

“Tidak! Katakan pada Fikah, siapa perempuan tu!”

Tok! Tok! Tok! Pintu rumah diketuk berkali-kali. Ihsan memandang kepada Fikah yang sudah melebar senyumannya. Nafas Ihsan bagaikan terhenti. Tersirap darahnya bila pintu rumah tu diketuk.

“Anda berdua ditangkap khalwat!” Wajah tok ketua, imam dan beberapa orang kampung membuatkan Ihsan benar-benar mati dengan kata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience