BAB 1

Romance Completed 5795

Ihsan melalui jalan kampung itu dengan perasaan yang begitu tenang. Pertama kali dia melihat kampung itu dia sudah jatuh cinta. Kampung itu begitu aman dalam pemerhatiannya. Cantik dan bersih sahaja halaman di setiap rumah yang memenuhi ruang matanya.

Ah, begitu mendamaikan jiwanya. Memang itulah impian dan harapan dan impiannya setelah berjaya bergelar pendidik. Ihsan cuba mencari rumah berwarna merah jambu. Itulah yang diperkatakan oleh sahabatnya, Rahim yang juga mengajar di sekolah yang sama.

“Rumah aku itu jelah yang warnanya merah jambu.” Masih terngiang-ngiang di cuping telinga Ihsan bila Rahim memperkatakan tentang rumahnya.

Ihsan memakirkan kereta setelah sampai di rumah Rahim. Dia segera memberi salam dan ternyata salamnya bersambut. Kelihatan Rahim dan disusuli Pak Rahmat yang menyambut kedatangannya.

“Ha, sampai pun kau. Nasib baik kau tak sesat.” Ujar Rahim dengan nada yang gembira.

Ihsan segera bersalam dengan Rahim dan Pak Rahmat setelah kedua-dua insan itu sudah pun menjejaki kaki ke tanah.

“Dah kau kata rumah merah jambu. Itu yang aku ikut tu. Nasib baik rumah kau ni warna dia lain dari yang lain. Kalau tidak mahu aku tanya orang.” Ujar Ihsan.

“Erm…. Ayah akulah. Peminat tegar warna pink.” Melongo Ihsan mendengarkan kata-kata Rahim itu.

“Hish! Mana ada. Ini semua warna kegemaran arwah Mak Kiah kamu. Bila terpandangkan rumah ni pakcik mesti teringatkan dia.” O…. barulah Ihsan faham. Di dalam diam dia mengagumi akan kasih sayang orang tua itu.

“Kau dengar tu Rahim.”

“Ye… aku tahu. Aku pun sayang nak tukar cat rumah ni. kalau itu yang boleh membuatkan orang tua aku ni bahagia. Dah, masuk dulu. Kau salin baju dan rehat. Mesti kau penat.” Pelawa Rahim sambil membawa beg pakaian Ihsan.

“Ah, kau ni agak-agaklah. KL dengan Melaka bukanlah jauh sangat. Lagi pun jalan clear je tadi.” Terang Ihsan.

“Eh, jangan macam tu. Ihsan kan tetamu kami.” Kali ini Pak Rahmat pula yang bersuara.

“Terima kasih, pakcik. Tetamu apa pulak pakcik. Bukan ke saya akan tinggal sini. Tak payah nak susah-susahlah pakcik.”

“Merendah dirilah pula. Geli telinga aku ni dengar. Dah, kalau kau tak nak rehat jom kita minum petang. Semua dah sedia. Cuma tunggu kau tiba je.”

Ihsan kemudiannya masuk ke rumah dan meletakkan barang-barang di dalam bilik yang telah tersedia buatnya. Betapa dia gembira dengan layanan yang diberikan oleh Rahim dan orang tuanya.

Setelah meletakkan barang-barang Ihsan kemudiannya keluar dan menuju ke berandar untuk minum petang. Terbuntang matanta apabila melihatkan kuih koci dan air kopi yang sedia terhidang. Ah, sudah lama dia tidak menjamah kuih tradisional itu.

“Jangan buat muka terkejut sangat. Aku tahulah kau hantu dengan kuih ni. Dah, duduk. Air orang bujang je.”

“Pandai kau buat kuih koci ni.” Meledak tawa Rahim bila mendengarkan kata-kata Ihsan itu.

“Baik aku atau ayah aku belum tentu boleh buat kuih ni. kita orang beli je. Nah, makan. Kuih koci istimewa Kampung Sempang. Kuih koci pulut hitam.” Ihsan menarik kerusi di hadapan Rahim. Rahim menuang air kopi buat sahabatnya.

“Jemput pakcik.” Sempat Ihsan mempelawa Pak Rahmat walau pun hatinya melonjak untuk menikmati kuih itu. Dia mencapai kuih koci itu dan membuka balutan daun pisang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience