BAB 3

Romance Completed 5795

“Kasih, bagi aku kuih karipap dua ringgit.” Kasih bangkit dan membungkuskan kuih buat kedua-dua gadis itu.

“Berapa seringgit.”

“Tiga. Macam kau tak tahu.”

“Eh, mahallah kuih kau ni. kau ni nak untung atas angin ye.”

“Mana ada Fikah, ini pun pulang modal je. Okeylah tu tiga seringgit. Kalau kat bandar 5 dua ringgit.”

“Amboi, menjawab pulak dia. Aku tak beli kuih kau baru kau tahu.” Keluh kesah Kasih dengan kata-kata Wati itu.

“Dahlah mahal, kecik tak sedap pulak tu.” Ucap Wati lagi. Senak hati Kasih mendengarnya. Mahu sahaja dia menjerit. Kalau tak sedap, mahal dan kecik takkan beli kat sini hari-hari?

“Nasib baik kedai kau satu je kat kampung ni. kalau tak dah tentu kita orang ni pergi kat tempat lain tau.”

“Tak apalah Fikah kalau kau cakap macam tu. Aku tahu rezeki aku sampai mana. Kalau tak ada rezeki takkan aku nak salahkan kau pulak.” Entah mengapa dia begitu berani untuk berhadapan dengan Fikah dan Wati. Sebelum dia selalu mengalah bila dia disindir dan dikata.

“Eh, kau ingat Kasih apa yang kau dah buat dengan aku. Sampai bila-bila aku ingat tau. Kalau bukan sebab kau arwah Arif tolak cinta aku tau. Dan kalau bukan sebab kau juga Arif jadi arwah.” Tersentak Kasih dengan kata-kata Fikah itu. Benar-benar dia tidak sangka.

Fikah dan Wati berlalu meninggalkan Kasih. Dalam diam Kasih mengalirkan air mata. Begitu terguris dia dengan kata-kata Fikah itu. Sememangnya dia tidak tahu yang Fikah juga menyimpan perasaan terhadap arwah Arif. Jika dia tahu sudah tentu dia menolak peminangan Arif.

Kasih tersentak bila bahunya disapa. Dia berpaling dan wajah ibunya jelas diruang matanya. Dia segera menyeka air mata kerana tidak mahu membuatkan hati ibunya sedih. Dia kemudiannya melemparkan senyuman untuk ibunya itu.

“Kasih sedih, ya.” Kasih menggelengkan kepala.

“Mak tahu kalau Kasih bertemu dengan Fikah dan Wati mesti ada yang tak kena. Si Fikah dan Wati tu mana boleh tengok Kasih. Ada je nak cari salah dan sakit hati orang.”

“Dahlah mak. Biarlah dia orang tu. Nanti bila penat berhentilah dia. Kasih nak masuk dulu. Nak masak. Sekejap lagi kosong pulak lauk-lauk tu nanti.” Kasih bangkit dan berlalu meninggalkan Mak Lijah. Mak Lijah pula menghantar anaknya dengan pandangan sayu. ‘Semoga kau berbahagia, nak.’

Balik dari sekolah Rahim mengajak Ihsan makan tengahari di kedai Mak Lijah. Ihsan akur. Dia kemudiannya membuka butang lengan melipatnya sehingga paras siku.

“Eh. Cikgu dah balik mengajar. Jemput cikgu. Nak makan layan diri.” Ramah Mak Lijah. Mak Lijah segera mengelap meja tempat Ihsan dan Rahim duduk.

“Makcik…” Tegur Ihsan sopan.

“O… ini dia cikgu baru kita ye. Nama siapa ye nak?”

“Ihsan, makcik.” Mak Lijah mengangguk.

“Air kosong dua ye mak.”

“Ha… yelah.” Mak Lijah berlalu dan meninggalkan mereka berdua.

“Kau panggil Mak Lijah tu mak?”

“Aku dah biasa dengan dia. Lagi pun aku masa kecik dulu selalu lepak kat rumah dia. Berkawan dengan Mamat, anak Mak Lijah yang sulung.” Ujar Rahim. Tidak lama kemudiannya Kasih keluar dengan menatang gelas air yang berisi air kosong.

Rahim menyiku Ihsan. Ihsan yang sedang enak menjamu selera tersedak kecil. Hish! Dia ni, kalau nak bagi hint agak-agaklah. Orang tengah nak menyuap ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience