BAB 8

Romance Completed 5795

Petang itu Ihsan dan Rahim sempat singgah di kedai Mak Lijah. Betapa berbunga hati Ihsan saat terpandangkan Kasih yang sibuk mengemas. Dia tersenyum sendiri. Entah mengapa kakinya laju menuju ke kedai Mak Lijah.

“Oi! Kau nak ke mana tu Ihsan?” Laung Rahim yang sedar dia berborak sendirian. Kurang asam punya member. Buat penat je bercakap. Rupanya bercakap seorang diri. Nasib baik tak ada yang nampak. Kalau tidak mahu orang cap sebagai orang tak siuman! Rahim terus mengekori dari belakang. Hish! Apa yang tak cukup ni. Takkan nak beli kuih koci lagi? Dah sah angau budak ni.

“Eh, cikgu.” Ihsan melemparkan senyuman. Ternyata

senyumannya disambut oleh Kasih. Betapa manisnya senyuman Kasih sehinggakan membuatkan hati Ihsan tidak keruan.

“Saya nak ucapkan terima kasih dengan resepi yang Kasih bagi tadi. Tapi….”

“Tapi apa pulak cikgu?”

“Ternyata saya ni memang tak pandai masaklah Kasih. Kuih koci dah jadi kuih lunyai. Tepung ke mana daun pisang ke mana.” Ujar Ihsan tanpa memberitahu akan niat sebenar dia meminta resepi.

“Mula-mula tu memang susah, cikgu. Tapi kalau kita berusaha inshaallah kita boleh buat.”

“Susah sangat suruh Kasih buat jelah. Nanti simpankan untuk saya tau.” Kasih mengangguk.

“Er…. Kasih….” Kata-kata Ihsan mati di situ. Kasih mula diselubungi gelisah yang menebal. Kelakuan Ihsan begitu pelik baginya.

Rahim yang berada di sisi Ihsan mula menyiku. Dah sampai dah gagap dia ni.

“Er…. Kasih tak nak ke kembangkan hasil jualan kuih? Maksud saya kebanyakkan kuih Kasih memang kuih tradisi. Sayanglah kalau tak kembangkan. Buat frozen food ke?” Bagaikan melepaskan batu menghempap hati, Kasih menghela nafas lega. Dia menyalahkan dirinya kerana sering kali berfikirkan yang bukan-bukan tentang Ihsan.

“Maafkan sayalah cikgu. Saya ni bukannya orang senang nak buat perniagaan macam tu. Jual kuih ni pun cukup-cukup makan je.” Terang Kasih jujur.

“Tak apa. Pasal tu Kasih jangan bimbang. Saya boleh uruskan.”

“Tak payah susah-susah cikgu. Tak perlulah. Lagi pun saya senang begini. Nanti tak menang tangan pulak.”

“Saya ikhlas.”

“Nantilah cikgu saya fikirkan.” Ujar Kasih bagaikan hati berbelah bagi.

Rahim memandang kepada Ihsan setelah mereka melangkah pulang ke rumah.

“Kau ni okey tak ni?”

“Kenapa pulak?”

“Aku rasa kau dah teruk ni Ihsan.”

“Apa pulak. Niat aku baik. Nak tolong dia je.”

“Kau jangan nak tipu akulah Ihsan. Dari riak muka kau tu aku tahu yang kau dah suka dengan Kasih,kan?” Pertanyaan Rahim tidak segera dijawab. Suka atau jatuh cinta? Entah. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang telah terjadi dengannya.

“Nampak sangat ke?” Laju sahaja Rahim mengangguk.

“Aku rasa kalau nak tolong dia macam mana hasrat kau tadi aku yakin dia akan setuju.” Bercahaya anak mata dengan kata-kata Rahim itu.

“Ye ke?”

“Ye…. Itu pun kalau kau kahwin dengan dia.” Meledak tawa Rahim saat dia mengusik Ihsan. Merah padam wajah Ihsan dengan kata-kata Rahim tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience