BAB 6

Romance Completed 5795

“Saya Rahim.” Rahim mencelah. Dia tahu kedatangan Wati ada udang disebalik batu. Bukan dia tidak kenal dengan Wati. Selalu sahaja mencari umpan untuk dirinya sendiri. Dia tekad untuk tidak membiarkan sahabatnya, Ihsan termakan dengan kebaikan Wati itu.

“Sibuklah kau Rahim. Kau duduk diam kat situ jelah.”

“Amboi, sedapnya bahasa. Tadi cikgu, ini dah tukar pulak.”

“Cikgu Ihsan suka tak karipap yang saya bawa?”

“Maaflah Wati. Karipap saya tak minat sangat. Saya suka dengan kuih koci pulut hitam.” Jujur Ihsan.

“Eh, saya tahu buat kuih koci pulut hitam. Lagi sedap dari Kasih anak Mak Lijah tu.” Ujar Wati dengan nada angkuh.

Ihsan mengangguk.

“Oh, ye ke. Boleh juga rasa.” Wati mendengarnya dengan perasaan yang berbunga-bunga.

“Tak apa. Esok Wati bawa. Lagi pun esok Wati cuti.” Terang Wati.

“Erm…. Rasanya macam tak best je anak dara datang rumah orang lelaki, kan? Macam ni. Esok petang kami datang rumah boleh?” Bagai nak melompat Wati bila mendengarkan kata-kata Ihsan itu. Rahim yang disebelahnya membulatkan mata. Ada betul ke tidak kawan aku seorang ni?

“Boleh…. Nanti Wati buatkan kuih untuk abang ye.” ‘Abang’? Sekali lagi Rahim membulatkan matanya. Wah, ini dah melampau. Mahu sahaja dia mencubit pipi Ihsan supaya sedar dari mimpi.

Ihsan tersenyum dan mengangguk. Dia kemudiannya menyambut piring berisi kuih karipap dari tangan Rahim. Takut dia dengan gelagat Rahim yang seperti nak menerkam orang. Silap haribulan mahu terbang piring tu nanti.

“Wati balik dulu ye, bang. Esok jangan lupa tau datang rumah. Wati buatkan abang kuih koci untuk abang. Istimewa untuk abang.” Ujar Wati yang berlalu dengan perasaan yang berbunga-bungan dan penuh harapan. Tidak sabar rasanya untuk dia menyampaikan berita baik kepada Fikah. Biar sahabatnya itu ‘berbuku’ rasa.

“E…. mengedik betul. Yang kau ni pun satu. Layanlah minah tu. Nanti bila kau kena ikat dengan dia baru kau tahu.” Ihsan tersenyum.

“Engkau ikut aku esok.”

“Tak nak aku. Kau yang cari nahas kau libatkan aku pulak. Malaslah aku nak layan. Siapa suruh kau janji dengan dia. Sendiri buat sendiri tanggunglah.” Tegas Rahim. Nasib kaulah Ihsan. Sarang tebuan kau nak jolok.

“Yang kau ni melatah tak tentu pasal kenapa? Aku tahulah apa yang aku nak buat. Aku pun bukannya kurang ajar sampai nak ke rumah dia. Aku minta izinlah dengan ayah dia. Malam nanti kau temankan aku jumpa dengan ayah si Wati tu. Yang lain biar aku yang fikir.” Rahim menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Tidak faham dengan apa yang akan dilakukan oleh sahabatnya ini.

KEESOKAN harinya seperti yang dijanjikan Ihsan yang ditemani oleh Rahim bertandang ke rumah Wati. Betapa gembira bila Wati melihatkan buah hatinya yang sudah tiba. Ihsan kemudiannya bersalaman dengan ibu dan ayah Wati. Ihsan melangkah masuk ke dalam rumah kayu yang serba sederhana itu. Ihsan melihatkan kuih koci sudah siap terhidang. Ihsan tersenyum. Dia kemudiannya menyerahkan bungkusan di tangan kanannnya.

“Buah tangan untuk saya ke?” Ujar Wati gembira.

“Lebih kuranglah. Tapi saya hajat sebenarnya.” Hajat? Bling! Bling! Bersinar mata Wati mendengarnya. Kembang kempis hatinya. Senyumannya bagaikan singgah ditelinga. Meloponglah kau Fikah.

“Tak best rasanya kalau makan kuih tu je.” Berkerut dahi Wati dengan tiba-tiba. Tak faham!

“Maksud abang?”

“Ini ada saya belikan bahan untuk buat kuih koci. Kalau boleh saya nak tengok Wati buatkan kuih koci untuk saya, boleh tak?” Bagaikan jatuh terduduk apabila Wati mendengarkan kata-kata Ihsan itu. Saat itu berubah wajah Wati. Wajahnya yang ceria tadi kini bertukar menjadi cuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience