BAB 2

Romance Completed 5795

Dengan dua suapan kuih itu sudah pun bersemadi di dalam perutnya. Sedap! Memang dia tidak boleh meyangkalnya. Memang istimewa kuih itu. Tambahan dengan inti kacang hijau membuatkan dalam diam dia sudah pun mencapai 3 keping kuih.

“Macam mana? Sedap?”

“M…. dengan kuih koci kegemaran aku, air kopi panas, dengan suasana macam ni bodohlah kalau aku tak menikmatinya. Eh, mana kau beli kuih ni?”

“Dekat kedai Mak Lijah. Kuih tu anak dia yang buat.” Terang Rahim.

“Nanti kau tunjukkan kedai dia ye. Aku, kalau dapat kuih ni yang lain aku tak pandang, bro.”

“Aku dah agak dah kau cakap macam tu. Sebab tu aku belikan kuih ni untuk kau.” Ihsan cuma tersenyum dengan kata-kata Rahim itu.

HARI pertama mengajar Ihsan dan Rahim hanya berjalan kaki ke sekolah. Maklumlah, bukan jauh sangat untuk dia tiba di sekolah. Daripada dia menghabiskan duit untuk membeli minyak kereta adalah lebih baik dia berjalan kaki. Ada juga faedahnya. Badan pun boleh jadi sihat. Sepanjang perjalanan ke sekolah Rahim telah menunjukkan Kedai Mak Lijah tempat dia membeli kuih koci itu. Rahim juga berkata untuk makan tengahari dia selalu juga makan di kedai itu.

Ihsan dan Rahim melemparkan senyuman kepada kedua-dua gadis yang berselisih dengan mereka. Rahim berpaling.

“Oi, agak-agaklah pandang anak dara orang tu.”

“Siapa? Si Fikah dengan Wati tu? Minah kilang berlagak cantik. Tak mainlah tangkap cintan dengan sekampung.”Cebik Rahim.

“Berlagak ye kau. Nanti dapat kahwin dengan jiran sebelah rumah baru padan dengan muka kau.”

“Kau jangan buat pasal Ihsan. Aku masih waras tau. Masih kenal lagi halal dan haram. Kalau aku pinang anak Pak Mail atau Pak Arshad mahu aku kena cangkul dengan ayah aku. Silap haribulan dia kata aku anak setan tau.”

“Dah kenapa pulak?”

“Sebab anak-anak dia orang tu lelaki. Takkan aku nak pinang lelaki. Agak-agaklah kau ni.” Ihsan tertawa.

“So sorrylah. Aku ingat aku kau takut kena cangkul dengan Heleyna. Kesian dia. Dah lama sangat dia tunggu kau.”

“Ha, kalau dia memang sesuai sangatlah dengan aku. Nantilah. Tengah kumpul korum dulu. Bila kau dah ada kat sini senanglah kerja aku. Aku harap kau doakan aku ye.”

“Untuk kau cakap apa saja, aku tunaikan.” Seloroh Ihsan.

Fikah dan Wati yang sudah jauh meninggalkan Ihsan dan Rahim berpaling.

“Kacak betul cikgu baru tu, kan? Berdebar-debar bila dia senyum pada aku.” Wati mencebikkan bibirnya.

“Perasanlah kau ni. Dia senyum dengan aku. Bukan dengan kau. Kalau dapat couple dengan dia mahu tak tidur malam aku.”

“Apa, kau ingat kau boleh dapat dia ke? Angan mat jenin jelah kau, Wati. Aku yakin mesti dia jatuh cinta pandang pertama pada aku. Aku kan cantik. Siapa tak kenal Fikah kat kampung ni.”

“Uh, kalau orang kenal kau dah lama orang masuk meminang kau. Kau tu je yang memilih.”

“Biasalah. Takkan nak kahwin dengan tukang sapu jalan pulak. Kau ni….. aku tak belanja kau baru kau tahu.” Ugut Fikah.

“Yelah…yelah…. Kau ni cepat sangat nak sentap.” Akhirnya Wati kalah. Namun di dalam hati dia mengumpul hasrat untuk memikat Ihsan.

Fikah dan Wati menuju ke kedai Mak Lijah. Kelihatan seorang gadis yang masih setia menantikan jualan kuihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience