BAB 9

Romance Completed 5795

Sampai sahaja di rumah Pak Rahmat setia menantikan mereka. Perkhabaran dari Pak Rahmat disambut oleh Ihsan dengan penuh dengan tanda tanya.

“Betul ke pakcik dia cakap macam tu? Pelik saya.”

“Kenapa San?”

“Tak…. Si Fikah nak jumpa aku kat rumah dia pukul lapan malam esok. Dah pulak tu, dia suruh aku datang seorang.”

“Hish! Bahaya tu. Dia nak apa pulak?” Ihsan mengangkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu. Berjumpa pun tidak. Tiba-tiba nak datang rumah. Seorang pulak tu.

“Aku rasa ada udang di sebalik batu, Rahim.”

Rahim turut bersetuju dengan Ihsan itu.

“Tak apa. Cuba kita jumpa dengan dia esok pagi. Mana tahu dia boleh beritahu apa yang dia nak cakap. Cara dia pun macam agak tergesa-gesa je.” Ihsan terdiam. Dia berharap agar benar dengan kata Rahim itu.

KEESOKKAN harinya Ihsan dan Rahim seperti berjalan kaki menuju ke sekolah. Mata Ihsan meliar. Dia cuba mencari kelibat Fikah. Namun gagal. Cuma Wati sahaja yang berjalan keseorangan.

“Wati, Fikah mana?” Tanya Rahim saat mereka berselisih.

“Entah. Dia kata tak sihat. Dia nak pergi ke klinik katanya. Kenapa?”

“Dia ada cakap apa-apa tak pasal Ihsan?”

“Tak ada pulak.”

“Hish! Aku tak sedap hatilah Ihsan.” Luah Rahim. Ihsan terdiam. Niat untuk bertanya kepada Wati dimatikan begitu sahaja.

“Ada apa-apa Wati terlepas ke?” Tanya Wati apabila melihatkan wajah Ihsan dan Rahim yang seperti tidak senang.

“Tak apalah Wati. Terima kasih jelah ye.” Ihsan menarik tangan Rahim.

“Dah kau kenapa?” Tanya Rahim terpinga-pinga.

“Jom singgah beli kuih koci.” Ajak Ihsan.

“Eh, engkau ni dah saat genting macam ni kuih koci tu juga yang kau ingat.” Rahim menggelengkan kepala.

“Kau bukan tak kenal aku. Aku kalau tak jumpa dengan kuih koci ni mahu demam dibuatnya.”

“Ala…. Cakap jelah kau nak berjumpa dengan si Kasih tu. Susah sangat ke?”

“Kau ni…. ke situ pulak.”

Tangan Ihsan masih lagi laju mencapai kuih koci pulut hitam untuk dimasukkan ke dalam beg plastik.

“Eh, bukankah Kasih dah simpankan cikgu kuih tu 3 ringgit. Tak cukup ke?” Tanya Kasih yang melihatkan Ihsan memborong kuihnya begitu banyak.

“Tak cukup. Hari ni saya nak beli lebih sikit. Saya nak berikan pada orang. Minta kuih talam berlauk tu 3 ringgit, kuih karipap telor 2 ringgit, bakar berlauk 4 ringgit, dan kuih bingka pulut tu 4 ringgit.” Terbuntang mata Rahim melihatkan Ihsan yang beria-ia memesan.

“Eh, kau nak buat kenduri kat sekolah ke?” Tanya Rahim.

“Hish! Kau ni diam jelah.”

“Ke cikgu nak buat kenduri?” Tanya Kasih ramah.

“Kasih nak merasa kenduri saya ke?” Pertanyaan itu tidak disambut oleh Kasih. Dia tersenyum sambil tunduk.

“Macam mana hasrat saya semalam?”

“Maafkan Kasih. Kasih belum nak beri kata putus.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience