Bab 4

Romance Completed 11208

?4.

Dila dah terlalu lama menyedari. Namun entah mengapa hatinya begitu berat untuk pergi meninggalkan Fariz bersendiri melalui derita itu. Dia tidak sanggup melihat lelaki yang dicintainya itu bersedih sepanjang masa. Akhirnya dia memutuskan untuk berkorban demi lelaki itu.

“Jangan jadi bodoh Dila. Kau boleh pergi kalau kau nak. Kenapa mesti kau sakitkan hati kau sendiri dengan menunggu dia?” kemarahan Atilia meledak selepas Atilia secara tidak sengaja terserempak dengan Fariz dan Zati semalam.

“Lia…Kau kenal aku kan? Kau tahu setiap yang aku buat ada sebab – sebab tersendiri. Cuma kali ini aku tak mampu lagi untuk memberitahu sebabnya,” datar suara Dila. Atilia adalah sahabat, teman, guru, kaunselor dan sebagainya sejak dizaman belajar lagi.

Bersyukur tidak terhingga apabila mereka tinggal bersama setelah mempunyai kerjaya masing – masing. apa sahaja tentang dirinya dalam pengetahuan Atilia dan apa sahaja tentang Atilia dalam pengetahuannya.

“Dila….Dah berapa kali aku nasihatkan kau? Aku tahu kau sayang sangat kat Fariz. Tapi kau tak layak dilayan sebegini. Kau ada hak kau Dila. Kau tak perlu terus menerus sakitkan hati kau sendiri. Kau jangan ingat kau berlagak tenang depan aku, aku tak tahu gejolak di hati kau? Kau silap Dila.

Aku turut sakit bila tengok kau macam ni. Aku tak sanggup!” kemarahan Atilia semakin berkurangan. Seingatnya belum pernah mereka bergaduh sebegini kerana mana – mana lelaki. Namun kali ni dia tak berdaya menahan rasa hati melihat Dila diperlakukan sebegitu rupa.

” Lia. Aku bukan nak sakitkan hati aku. Kau akan tahu sebabnya suatu hari nanti. Cuma yang aku harapkan kau jangan salah sangka dengan Fariz dan fahami keadaan aku. Aku perlukan kau disisi aku untuk menyokong aku sebab aku tak mungkin akan kuat seperti sekarang kalau kau tiada dengan aku sekarang ni,” Dila masih tenang menutur kata.

“Dila. Aku faham perasaan kau. Tapi cinta tak membawa apa – apa makna andai hanya kau yang bersungguh – sungguh mempertahankan sedangkan Fariz? Yang menjeruk perasaan setiap masa adalah kau. Kau yang membiarkan diri kau disakiti,” kemarahan Atilia mula menurun. Dia terasa bersalah. Belum pernah mereka bergaduh sebab mana – mana lelaki kerana dia tahu hati sahabatnya yang satu ni.

“Lia. Terima kasih sangat atas nasihat kau. Aku sangat menghargainya. Tapi berilah aku aku peluang untuk aku membukakan pintu hatinya untuk aku,”Dila masih tenang menutur kata. Tanpa sebarang riak kemarahan yang bertamu.

Cuma yang pasti air jernih mula bertakung ditubir mata gadis itu. Atilia melepaskan sebuah keluhan. Dia amat lemah dengan air mata gadis ini. Degil! Atilia hanya menggumam di dalam hati.

“Dila..” tubuh genit itu dipeluk. Dila menangis semahu – mahunya. Dia tahu. Hanya Atilia yang memahami. Sangat memahami gejolak di dadanya tika itu.

“Aku akan cuba terima. Tapi tolonglah. Kalau ada apa – apa yang perlu kau kongsi, bagitahu aku. Aku tahu kau tak larat nak tanggung semuanya sendiri’”tangan Atilia mengelus lembut rambut Dila.

“Terima kasih Lia! Bertuah sungguh aku ada kawan macam kau ni,” sebuah ciuman singgah di pipi Atilia. Atilia membiarkan Dila bermanja. Memang itulah sifatnya sedari dulu yang membuatkan Atilia sangat risau akan keadaan dirinya.

“Dah! Dah! Jangan nak membodek aku pulak. Macam budak – budak. Pi tengok kat cermin muka kau tu cantik ke tidak bila menangis,” Atilia mula mengusik.

“Lia! Kau jahat!” pecah deraian tawa mereka berdua.

Dan cerita itu tamat di situ. Tanpa tanda noktah. Titik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience