Bab 3

Romance Completed 11208

?3.

Dia meraup muka. Cuba mencari secangkir ketenangan dengan perkhabaran yang dirasakan bagai bom yang menghancurkan Bumi Gaza. Lama dia berkeadaan begitu. Zati hanya membatu. Tiada sepatah kata yang mampu diluahkan untuk memujuk buah hatinya itu.

“Kenapa Zati cari Riz dulu? Kenapa Zati tak bagitahu perkara sebenar masa mula – mula kita kenal dulu?”Fariz merenung Zati.

“It’s complicated Riz…Dulu Zati rasa dia tak pernah sayangkan Zati. Dia tak pernah cintakan Zati. Tak pernah ambil berat tentang diri Zati. Tapi Zati bertahan sebab family Zati suka sangat dengan dia. Tapi sekarang Zati dah buat keputusan untuk memilih family Zati daripada memikirkan hati Zati sendiri. Zati sayangkan family Zati lebih dari segala – galanya,”air mata Zati mula jatuh.

“Zati tak cintakan Riz?”Fariz inginkan kepastian.

“Riz…Jangan diungkit tentang cinta sebab cinta dan sayang Zati pada Riz melebihi cinta dan sayang Zati pada dia. Tapi Zati lebih mengutamakan keluarga. Apa yang terbaik bagi keluarga Zati, itulah yang terbaik bagi Zati. Riz adalah orang yang paling Zati cinta dan sayang. Yang paling tahu untuk memujuk Zati ketika Zati merajuk. Yang paling dekat dengan Zati ketika Zati sedang sedih. Dia tak pernah buat apa yang Riz pernah buat pada Zati. Zati sayangkan Riz. Terlalu sayang.

Tiada kata yang mampu Zati ungkap untuk menzahirkan cinta dan sayang Zati pada Riz,”air matanya semakin laju menuruni pipi.

Fariz mendengar dengan hati yang kosong. Cinta hatinya akan dilepaskan pergi untuk kali kedua. Dia benar – benar merasakan yang dirinya tidak layak untuk hidup bahagia.

Sakit! Dila benar – benar sakit. Hatinya terguris. Pedihnya bagai tertusuk sembilu. Torehan yang tidak mengeluarkan walau setitis pun darah merekah tanpa tanda untuk sembuh. Tiada air mata lagi yang mampu keluar tatkala dia menerima perkhabaran itu.

Perkhabaran yang telah sekian lama di jangka akan terjadi akhirnya terjadi jua. Sedari awal dia pasrah. Dia tahu Fariz tetap dengan pilihan hatinya. Fariz terlalu mencintai Zati. Kebenaran yang tak pernah disangkal dan tak sedikit pun akan berubah.

Dila tahu dia tak perlu bersedih di atas perkhabaran itu kerana janji telah terpatri bahawa dia akan melepaskan Fariz pergi andai Fariz benar – benar menemui cinta hatinya. Bukan dia tidak cinta, bukan dia tidak sayang. Tapi disebabkan cinta dan sayang yang sangat mendalam terhadap lelaki itu dia redha lelaki itu pergi darinya.

Mencintai tak beerti memiliki!

Kehadirannya seketika cuma disisi Fariz hanyalah sebagai sahabat.

Tempat untuk Fariz mencurah rasa walaupun adakalanya Fariz menunjukkan layanan seperti sepasang kekasih. Namun dia mengerti hati Fariz. Bukan mudah untuk menipu hati sendiri. Walaupun terlalu keras usaha yang ditunjukkan, semakin jelas kejanggalan dan keterpaksaan yang ditunjukkan walaupun sedaya upaya ditutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience