Bab 11

Romance Completed 11208

?11.

Air mata lelakinya terembes jua. Warkah putih bersih itu dilipat kemas dan disimpan di dalam poket seluarnya. Hari ini dia perlu akur. Segala – galanya telah ditetapkan.

“Terima kasih Dila. Terima kasih kerana tak pernah pergi dari Fariz saat Fariz berperang dengan perasaan sendiri. Terima kasih sebab Dila tak pernah jemu disisi Fariz saat Fariz dalam kesusahan. Maafkan Fariz, Dila. Maafkan Fariz,” air mata diseka perlahan dan dia bangun untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan seribu satu kenangan untuk dirinya dan Dila.

Semoga esok menjanjikan kebahagiaan yang diharapkan….

Langkah diatur meninggalkan bangunan yang menyimpan seribu satu memori buat dia dan Fariz. Langkah yang semakin lama smakin longlai digagahi juga agar tetap teguh menjejak tanah. Dia perlu kuat.

Keputusan yang telah diambil tiada lagi boleh diundur. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Biarkan kenangan itu mekar tanpa sebarang gangguan kerana mekarnya tidak memerlukan perantara. Dila bukan sahaja berlalu meninggalkan bangunan itu, malah dia berlalu meninggalkan hatinya di situ.

Biarlah hati yang dipenuhi cinta untuk Fariz bersemadi di situ.

“Alhamdulillah, Ya Allah. Engkau telah berikan aku kekuatan ini. Bantulah hambaMu ini untuk meneruskan hingga ke akhirnya,”

Selamat tinggal kasih……selamat tinggal sayang…..selamat tinggal cinta…..

Biarkan aku pergi………..

end

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience