Bab 2

Romance Completed 11208

?2.

Dila menerima kata – kata yang diluahkan itu setenang yang mungkin. Tidak sedikit pun terpancar riak sedih atau kecewa dengan perkhabaran yang diterima. Walaupun dihati bagai tertusuk sembilu, Dila berdoa agar air matanya tidak tumpah disitu.

Dia tidak mahu mengharap belas dengan airmata perempuannya. Dia tidak mahu lahirnya cinta kerana perasaan yang hadir dek kerana kasihan dengan air mata yang tumpah. Baginya cinta tidak boleh dipaksa. Dia rela mengundur diri andai itu yang lebih membahagiakan orang yang paling dicintainya.

“Dila faham Fariz. Dan Dila pun tak salahkan Fariz. Soal hati dan perasaan amat payah untuk kita fahami. Kini keputusan di tangan Fariz. Dila nak Fariz fikirkan perasaan Fariz. Untuk kali ini, cukuplah Fariz mendahulukan orang lain,” Dila memandang Fariz.

“Tapi Fariz tak nak kehilangan Dila,” Fariz membalas renungan wanita yang terlalu banyak bersabar dengan setiap kerenahnya itu.

“Dila tak ke mana – mana Fariz. Dila tetap ada jika Fariz perlukan Dila. Cuma Dila nak Fariz buat keputusan yang terbaik untuk Fariz dan untuk kita semua. Dila tahu Fariz tak semudah itu untuk mengalah kan?” Dia cuba menutup sesak yang mula mencengkam dada.

Mereka membawa haluan masing – masing setibanya di tempat letak kereta. Faiz menatap mata Dila mencari sebuah kepastian. Dia terkesima dengan ketenangan yang dipamerkan oleh Dila.

Dila seorang wanita yang pernah singgah dihatinya dan menjadi satu – satunya wanita yang paling dicintainya.

Namun, panas yang disangka hingga ke petang, bersilih ganti dengan hujan yang mencurah. Dia ditinggalkan tanpa sebarang pesan dan akhirnya Zati satu – satunya wanita yang berjaya membuatkan dia mampu untuk bercinta semula.

Zati tidak pernah jemu bertandang untuk menambat hatinya walaupun tika itu hatinya begitu teguh dengan cinta Dila. Namun, Zati seorang wanita yang manja dan terlalu memahami dan akhirnya Zati berjaya mencuri hatinya yang dulu milik Dila.

Saat itu dia telah berjanji bahawa Zati adalah cinta akhirnya. Tiada cinta lagi selepas ini. Dia melayari hari – hari yang penuh bahagia bersama Zati. Bergelak ketawa, merajuk, bersantai, menulis bersama – sama, belajar tentang kehidupan, belajar tentang keikhlasan dan segala – galanya dilakukan bersama.

“Riz…Zati ada sesuatu yang nak Zati cakapkan pada Riz,” suatu petang ketika mereka keluar bersama – sama di Taman Botani.

“Apa dia Sayang?” Fariz tak lekang engan senyuman menumpukan sepenuh perhatian kepada Zati.

“Apa perasaan Riz kalau orang yang Riz sayang menipu Riz?” Zati cuba menduga. Dia benar – benar takut akan natijah yang akan datang setelah kebenaran ini dibongkar.

“Emm….manusia tak pernah sempurna sayang..Andai kesalahan itu boleh dimaafkan apa salahnya memaafkan? Kemaafan itu yang membuatkan kita lebih tenang. Kenapa ni?” Fariz tersenyum lagi.

Lama Zati terdiam. Mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang terpendam setelah 2 tahun dia merahsiakan perkara yang sebenar. Cinta yang dilimpahkan oleh Fariz membuatkan dia terleka dan terlupa yang dirinya milik orang lain.

“Riz…,”dalam kepayahan Zati mengumpul kekuatan untuk bersuara.
“Sebenarnya ada orang lain selain Riz dalam hati Zati. Zati kenal dia lebih awal dari Riz. Masa tu Zati baru habis SPM dan sekarang kami masih lagi bersama. Dia dah kenal semua ahli keluarga Zati dan keluarga Zati pun senang dengan kehadiran dia,” Zati memandang Fariz dengan mata yang mula berkaca – kaca.

Fariz terdiam. Hatinya bagai tertusuk sembilu.

Dia terkesima untuk kesekian kalinya. Mengapa ujian seperti ini hadir saat dia sedang mengecap bahagia yang didamba selama ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience