Bab 5

Romance Completed 11208

5.

3 tahun lamanya berada di sisi seorang lelaki bernama Fariz Rizwan mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Belajar memahami sikap seorang lelaki yang sukar untuk ditafsirkan dan sentiasa berubah. Semakin dia cuba untuk mendalami semakin dia tidak memahami.

Adakalnya Fariz menunjukkan dia adalah satu – satunya dan akan sentiasa bersama – samanya. Adakalanya yang di terima hanyalah kecewa apabila langsung tidak di endahkan walaupun berada di depan mata.adakalanya Fariz melayani dirinya seperti Fariz melayani Zati.

Dan akhirnya…………………Dila membuat keputusan. Tiada langsung tempat dihati Fariz untuk dirinya. Dia tersenyum sendiri. Bukankah mencintai itu tak beerti memilki? Yang pertama itu tidak semestinya kekal selamanya. Dia akur dengan takdir yang tersurat untuk dirinya.

“Assalammualaikum, Fariz.” Dila mengukir senyum menyapa pasangan yang sedari tadi diperhatikan begitu mesra memilih pakaian. Gelak tawa dan kegembiraan yang terpancar di wajah keduanya cukup untuk mentafsirkan apa yang berlaku.

Zati yang berada di sisi Fariz memandang Dila dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Ni mesti Zati kan?” Dila menghulur tangan dan Zati menyambutnya seketika. Dila tersenyum.

” Kita tak pernah jumpa tapi pernah bercakap di telefon dulu. Saya, Dila. Kawan Fariz,” Dila menutur dengan tenang. Fariz terkedu. Dila?
“Macam mana awak kenal saya? Awak kan girlfriend Fariz dulu?” Zati sudah mula kurang selesa. Dia sangat terancam dengan gadis yang berada dihadapannya kini. Kerana gadis ini dia berusaha gigih untuk mendapatkan hati Fariz.

“Itu cerita lama Zati. Kami dah tak pernah ada apa – apa pun. Dah terlalu lama cerita tu berlalu. Lagipun sekarang fariz dah jumpa cinta hati dia yang sebenar kan?” Dila hanya tersenyum. Dia tidak akan mendedahkan tentang mereka kepada Zati kerana dia tahu Fariz tidak pernah menceritakan tentang kewujudan dirinya pada Zati.

“Tak pe lah Zati. Saya minta diri dulu. Semoga berbahagia. Jangan lupa jemput saya nanti,” Dila mengundur diri selepas bersalaman dengan Zati.

Fariz terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience