Bab 10

Romance Completed 11208

?10.

Keegoannya musnah dek kerana ketenangan wanita itu. Fariz tak mampu untk berkata apa – apa. Yang pasti dia terpaksa mengizinkan Dila pergi.

“Antara Fariz dan Dila, tiada apa yang perlu dimaafkan. Cuma Dila mohon izinkan Dila pergi dengan hati yang rela kerana pemergiaan ini untuk kebahagiaan Fariz. Izinkan Dila simpan cinta ini dalam hati Dila.Dila sentiasa mendoakan kebahagiaan Fariz dan Zati. Terima kasih Fariz. Dila minta diri dulu,” Dila bangun untuk melangkah pergi.

“Fariz hantar Dila?” Fariz masih berusaha untuk memujuk. Dia tidak dapat menerima kenyataan Dila akan pergi selama – lamanya dari sisinya.

“Tak perlu Fariz. Jaga diri Fariz okey. Assalammualaikum,” Dila berlalu tanpa memandang ke arah Fariz. Fariz terduduk. Dia menghantar langkah Dila dengan pandangan kososng.

Dia tidak tahu mengapa. Hatinya terasa sakit tiba – tiba. Dila berlalu tanpa memandang walau seketika Cuma. Dan dia memahami isyarat itu. Pemergian Dila kali ini adalah pemergian yang takkan kembali. Dila nekad dengan keputusannya. Wanita itu tidak akan berpatah balik lagi.

Air mata yang sedaya upaya ditahan dihadapan Fariz tadi terembes jua. Dila tak mampu untuk menghalang air jernih itu mengalir seperti hatinya yang turut mengalir kesedihan. Namun dia redha dengan keputusannya.

Dalam balam – balam air mata dia sempat melihat Fariz membuka warkah putih yang diserahkan sebelum beredar pergi..

Assalammualaikum w.b.t…..

Buat tatapan seorang lelaki yang telah membuatkan hati Dila terbuka menerima lelaki dan merasai manisnya cinta..

Izinkan Dila memanggil panggilan yang telah lama tak digunakan kerana permintaan Fariz untuk kali terakhir. Tapi panggilan itu yang membuatkan Dila terlalu menghormati dan mencintai Fariz..

Abang,

Saat warkah ini dibaca, Dila telah pun pergi dari hidup abang buat selama – lamanya. Terima kasih di atas kasih sayang dan kenangan yang telah abang tinggalkan untuk Dila. Dila mengenali abang, bersahabat dengan abang dan akhirnya jatuh cinta dengan abang. Tempoh yang terlalu lama untuk kita namun segala – galanya ditangan Allah. Apa yang dirancang tidak semestinya akan menjadi kenyataan…

Allah Maha Mengetahui kerana segala – galanya dalam ketentuannya. Dila bersyukur kerana telah dipertemukan dengan abang. Seorang lelaki yang banyak mengajar tentang erti kehidupan. Erti sebuah kasih, segumpal sayang dan selaut cinta. Terima kasih kerana membenarkan Dila menjaga abang walaupun tidak sesempurna Zati.

Sungguh Dila terlalu bersyukur. Pengakhiran yang akan membawa sinar bahagia untuk abang telah Dila laksanakan. Dila mohon abang redha dengan setiap yang berlaku dan hargailah apa yang pernah abang pertahankan selama ini. Mohon ampun dan maaf atas segala kata – kata atau tingkah laku Dila yang pernah membuat abang terasa tanpa Dila sedar atau dalam keadaan sedar. Halalkan segala – galanya yang pernah kita kongsi bersama suatu ketika dulu.

Setiap saat kenangan bersama abang tak pernah luput di ingatan.

Malah ia seolah – olah mengajak Dila sama – sama menari mengimbau kenangan itu. Dan izinkan kenangan itu Dila teguhkan berdiri di layah hati ini. Terima kasih untuk segala – galanya. Apa yang telah abang sempurnakan dan abang yang telah abang tinggalkan akan sentiasa ada bersama – sama Dila.

Kini abang akan memikul amanah yang paling berharga dari ALLAH kepada sekalian manusia. Kasihi dia, sayangi dia dan cintai dia sepenuh hati abang. Zati seorang wanita yang baik dan sangat memerlukan abang. Begitu juga abang bukan? Doa Dila sentiasa bersama – sama kalian berdua. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNYA.

Akhir kata dari Dila, sambutlah salam penuh kemanisan dari seorang wanita yang pernah bergelar sahabat…

Yang benar,
Dila

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience