Bab 6

Romance Completed 11208

6.

Dila sanggup berkorban sebegitu rupa untuk dirinya? Hatinya dipagut pilu. Rasa bersalah menjalar disegenap pembuluh darahnya. Diam Fariz menimbulkan curiga dihati Zati.
“Kenapa dengan Riz ni? Teringat kisah lama dengan dia ke?” Zati menarik muka.

“Tak lah sayang. Riz Cuma terkejut jumpa dia kat sini,” Fariz berusaha menutup gejolak di dadanya. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Dila pergi tanpa sebarang riak marah diwajah. Riak sindiran juga tidak terukir pada setiap kata – katanya.

Berdosa kah aku memperlakukan hati seorang wanita seperti itu? Fariz menemui jalan buntu. Antara kasihnya pada Dila dan cintanya pada Zati. Dila, seorang gadis yang cukup sempurna dimatanya. Tidak ada kecacatan yang dapat dicari namun Zati lebih dicintai menyebabkan terhijab terus kewujudan Dila.

Dia sedar dia sedang bermain dengan api. Api itu sedang marak menjulang tinggi. Semakin marak julangan api itu, semakin kuat keinginannya untuk memiliki Zati. Zati, wanita yang tidak mampu di miliki atas sebab keluarga Zati lebih menyukai buah hati Zati. Lelaki yang menjadi ancaman besar buat dirinya.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

“Ya Allah..Berikanlah hambaMU ni kekuatan untuk menempuh dugaan yang telah Engkau datangkan ini, Ya Allah. Sesungguhnya hambaMu ini tiada daya lagi untuk menghadapinya. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Amin Ya Rabbal ‘Alamin,” dua tapak tangan yang putih bersih itu diraupkan ke wajah.

Dila berteleku lama di atas sejadah. Air mata tidak berhenti mengalir membasahi wajahnya tatkala dahinya menyentuh sejadah. Malam itu dia mengadu sepuasnya. Dia merintih, mengharapkan sebuah ketenangan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.

Dia tahu tidak wajar menitiskan air mata kerana sebuah kisah cinta, namun apalah daya seorang hamba yang lemah sepertinya. Air mata yang dibendung sekian lama dibiarkan mengalir tanpa sebarang halangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience