Bab 7

Romance Completed 11208

?7.

Diluahkan segala yang terbuku kepada Maha Pencipta. Sesak dan sebak bergabung menjadi satu dan dia terdampar di daerah sepi mencari sesuatu yang tak pasti.

Pantas helaian Al –Quran comel yang bersalut warna biru tua itu diselak. Surah Yasin dibacanya dengan penuh ketenangan.

Alunan suaranya adakala terhenti menahan tangis. Sungguh! Dia semakin tenang selepas mengakhiri bacaan surah itu. Al – Quran comel itu dikucup dan dibawa ke dada. Matanya dirapatkan. Dia dapat merasai ketenangan yang menjalari namun entah dari mana wajah Fariz jua hadir bersama – sama ketenangan itu.

“Tok, Dila nak tanya sikit la tok,” Dila duduk berhadapan neneknya.
“Apa dia? Macam besar sangat je benda yang nak ditanya,” Hajah Halimah memandang cucunya.

“Setiap kali Dila ada masalah, Dila akan baca Quran. Minta Allah berikan Dila kekuatan. Dan setiap kali tu jugalah wajah seseorang ni hadir. Apa maksudnya tok?,” Dila berkias.

“Kenapa? Cucu tok ni dah bercinta ye?” Hajah Halimah tidak menjawab tapi memahami maksud soalan cucunya yang seorang itu. Cucu yang paling kuat menyimpan rahsia hatinya. Biar susah sekalipun dia akan cuba untuk menyelesaikannya bersendiri.

“Tok……Dila tanya ni,” Dila merengek manja. Lantas direbahkan kepalanya diribaan nenda kesayangan. Tempat dia meluahkan rasa. Tempat dia menumpang kasih. Tempat dia bermanja.

” Dah besar macam ni puh masih nak merajuk dengan tok lagi? Macam mana nak kahwin ni?” ketawa Hajah Halimah meletus.

“Belum tiba masanya lagi tok. Lambat lagi Dila nak kahwin,” Dila masih diribaan nendanya.

“Dila….Hidup kita ni penuh dengan dugaan. Tapi Allah menduga setiap hambaNya sesuai dengan kemampuan hamba – hambaNya. Tok tak dapat bagi jawapan yang pasti. Cuma apa yang diberikan mungkin satu petunjuk dari Allah yang kita sendiri tak dapat untuk mentafsirkannya. Yakin dengan ketentuan Allah, dengan setiap janji – janji Allah. Insya –Allah, Dila akan temui juga jawapannya nanti,” Hajah Halimah mengelus lembut rambut milik cucunya itu. Dalam hati doa dipanjatkan agar Dila menemui apa yang dicari.

Dila membuka mata. Kini dia berserah segalanya kepada Yang Maha Esa. Bukan dia tidak pernah mencari apa ertinya wajah Fariz sering hadir sesudah dia menamatkan bacaan Al – Quran tiap kali dia cuba mencari kekuatan. Namun dia tak pernah bertemu dengan jawapan yang pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience