Bab 8

Romance Completed 11208

?8.

Handphone Sony Ericsson miliknya mengalunkan lagu Nur Kasih dan dia ketahui siapa gerangan pemanggilnya. Nada hanya khas untuk Fariz.

Ya…..Nur kasih yang Fariz ciptakan dulu semakin pudar walaupun alunannya masih megah berlagu.

“Hello, assalammualaikum,” dalam keterpaksaan Dila cuba menggagahkan diri untuk menyambut panggilan itu. Dalam hati dia berdoa moga diberi kekuatan untuk berbicara dengan lelaki ini.

“Waalaikummussalam. Dila dah tidur ke?” salam disambut.

“Belum lagi. Ada ape Fariz?” Dila masih berlagak tenang.

“Fariz…Dila…Fariz…Fariz…,”fariz sesak. Egonya mengalahkan segala – galanya.

“Kenapa Fariz? Apa yang Fariz nak bagitahu?”
“Fariz…….,”

“hurm…..,”

“Fariz nak jumpa Dila,”

“Ok.. Kita jumpa esok kat tempat biasa. Assalamualaikum,” klik! Talian diputuskan.

Air mata Dila mengalir lagi. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk aku menempuhi dugaanMu ini Ya Allah.

Fariz mundar mandir di aras 3 kompleks membelah belah Times Square. Lokasi yang menjadi saksi percintaan sepasang merpati suatu ketika dulu. Lokasi ini jugalah yang membawa dia mengimbau kisah – kisah silam semasa berada disamping Dila.

“Assalammualaikum Fariz. Dah lama tunggu? Maaflah STAR sesak tadi,” senyuman Dila menambah luka dihati Fariz dengan perasaan bersalah.

“Waalaikummussalam. Tak de lah. Kita pergi makan dulu ye?” Fariz mencadangkan dan Dila hanya menurut.

Perjalanan ke tingkat 10 terasa terlalu jauh. Masing – masing menyepi bermain dengan perasaan sendiri. Mata mereka bertentangan seolah – olah ingin meluahkan sesuatu. Dila yang menyedari status dirinya tersenyum.

Minit pertama. Minit kedua. Minit ketiga. Minit kesepuluh berlalu dengan kesunyian seolah sedang berselera menikmati hidangan walaupun terasa perit setiap hidangan yang ditelan.

“Dila..Fariz nak minta maaf. Fariz tak pernah bberniat untuk menipu Dila. Fariz tak pernah berniat untuk melukakan hati dila,” akhirnya Fariz bersuara. Dila mengangkat muka memandang ke dalam anak mata Fariz. Ada segaris rase bersalah dalam anak mata itu.

“Fariz tak perlu untuk minta maaf.Fariz tak pernah buat salah pun dengan Dila,” Dila menjawab tenang.

“Jangan tipu diri sendiri Dila. Dila marahkan Fariz kan? Kenapa Dila tak marah? Kenapa Dila mesti nak pendamkan rasa tu sendiri?” Fariz masih tidak berpuas hati dengan ketenangan yang dipamerkan.

“Fariz…Sedih..Yes I am. Memang Dila sedih sebab Dila jumpa fariz semalam. Dila sedih sebab Fariz tak berterus terang sedangkan Fariz tahu yang Dila tak pernah ada perasaan marah pada Fariz. Dila sedih sebab Fariz sembunyikan semua ni daripada Dila sedangkan Dila berhak tahu. Fariz boleh bayangkan perasaan Zati bila dapat tahu Fariz bersama dengan Dila?” Dila mula bersuara. Fariz tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience