Bab 1

Romance Completed 11208

?CINTA INI MEMBUNUHKU
Oleh: LARA SASKIA

1.

“She’s the one in his heart…and no one can have it!!!”

Dila kebuntuan. Sawah yang luas terbentang direnung seluas saujana yang memandang. Dia terkesima. Fikirannya bercelaru. Pemergiannya ke negeri yang sentiasa memberikan ketenangan untuk dirinya setiap kali dia dibelenggu masalah kali ini adalah untuk mencari sebuah jawapan untuk hati yang telah sekian lama dibiarkan sepi tanpa jawapan yang pasti.

Dila berjalan menyusuri batas – batas sawah. Sesekali matanya menangkap gelagat anak – anak kampung yang riang bermain sesama mereka.

Alangkahnya bahagianya menjadi kanak – kanak semula. Dia bermonolog sendiri. Akhirnya hanya sebuah keluhan yang mampu dilepaskan. Terasa sesak dadanya menahan setiap butir bicara yang perlu diluahkan.

Air mata telah kering untuk dialirkan. Hatinya kosong. Seiring dengan pandangan yang dia sendiri tak mampu untuk mentafsirkan.

“Fariz, Dila ke Kedah. Mak dan ayah ajak balik umah atok dan tok bah. Apa –apa nanti Dila beritahu. Take care k.”

Dila menekan butang send dan handphone Sony Ericsson yang sentiasa menjadi peneman setianya di offkan tanpa menunggu balasan kerana dia tau setiap sms yang dikirimnya akan dibiarkan sepi.

Dia melontar kembali pandanganya ke arah sawah padi yang luas terbentang. Kehijauan yang begitu mendamaikan berhasil untuk menenangkan hatinya walau seketika cuma.

“Fariz tak pernah salahkan Dila. Cuma Fariz tak mampu untuk melupakan Zati walaupun telah bertahun kita bersama. Fariz cuba untuk sayangkan Dila dan Fariz berjaya. Fariz sayangkan Dila. Sayang sangat. Tapi Fariz tak mampu untuk mencintai Dila kerana cinta Fariz hanya ntuk Zati dan tiada siapa yang menggantikan tempat Zati dihati Fariz.”

Dia tidak pernah melupakan baris – baris ayat yang tersusun rapi itu kali terakhir pertemuan antara mereka. Dan kata – kata itu seringkali berlegar –legar di ruang fikiran dalam jaga atau lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience