Bab 9

Romance Completed 11208

?9.

“Fariz, Dila berkorban untuk orang yang Dila cinta tapi Dila tak minta pengorbanan Dila dibalas. Dila tahu hati Fariz. Dila dah bersedia untuk semua ni sekian lama. Dila boleh rasa pengakhiran kisah ini dan ia telah terbukti. Kalau sudah jodoh, Fariz. Walau berpisah sejauh mana sekalipun, berabad lama sekalipun ia tetap akan kembali. Jodoh adalah ketentuan Allah. Kita tak boleh menolak atau menghalang. Kini telah terbukti jooh Fariz adalah Zati. Dila dapat lihat kebahagiaan dalam mata Fariz semasa bersama dengan Zati yang tak pernah Dila lihat semasa fariz bersama Dila. Dila bersyukur sangat sebab Dila sempat tunaikan tanggungjawab Dila untuk menyatukan Fariz dengan Zati,” mata mereka bertemu dan Dila hanya tersenyum.

“Dila… Kenapa mesti kita lalui semua ini? Kenapa Fariz perlu memilih antara dua? Kenapa Fariz perlu menyakiti orang yang terlalu banyak berkorban untuk Fariz?” Fariz mengusap rambutnya. Ketegangan jelas terpancar diwajahnya yang semakin kusut memikirkan masalah itu.

Dia tidak mahu kehilangan Zati dan dia juga inginkan Dila. Kedua – dua mereka amat penting dalam hidup lelakinya. Kedua – duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma dia tersilap langkah tidak dapat mencintai Dila sepenuhnya.

Memang Zati yang bertakhta dihati tika ini. Namun keluarga Zati? Itu yang menyebabkan dia terkeliru dengan hati sendiri.

“Fariz… Inilah yang dinamakan dugaan Allah. Allah datangkan ribut taufan sehingga membuatkan kita jadi lemah tak bermaya. Namun sebenarnya Allah datangkan kita pelangi yang sangat indah untuk kita mensyukuri segala nikmat – nikmatnya. Fariz faham bukan?” hati Dila dipagut pilu. Tiap butir kata yang lahir dari bibirnya mengundang sakit yang mencengkam dada.

“Tapi.. Fariz tak nak kehilangan Dila. Fariz perlukan Dila,” fariz berusaha memujuk walaupun dia sendiri tidak pasti apakah pilihan yang perlu dilakukan tika ini.

“Fariz… Dalam hidup kita perlu buat pilihan. Jadi Fariz perlu memilih salah satu daripadanya. Pilihan Fariz dah ada di depan matanya sebenarnya. Cuma Fariz keliru kerana perasaan bersalah Fariz pada Dila kan? Jangan macam tu Fariz. Dila redha Fariz bersama Zati kerana itu adalah suratan takdirNya. Jaga dan lindungi Zati selagi hayat ada. Jangan sesekali Fariz mensia – siakan cinta yang kalian bina setelah sekian lama. Biarkan ia sentiasa subur sepanjang masa. Dila sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fariz,” Dila masih lagi tenang. Namun hatinya merintih pilu.

“Tapi Dila..Fariz…,”

” Fariz.. Dila mohon maaf dari Fariz jika sepanjang 3 tahun kita bersama ada tingkah laku atau kata – kata Dila yang menyinggung hati Fariz. Halalkan segalanya yang telah Fariz berikan untuk Dila. Dan terima kasih Dila ucapkan untuk segala – galanya,” Ya Allah! Yang itu lahir jua akhirnya.

“Dila. Maafkan Fariz Dila,” air jernih mula bergenang dikelopak mata lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience