Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Hamidah sudah berbunga-bunga gembira. Hal itu sudah lama ditunggu-tunggu dan abagaikan bulan jatuh ke riba bila di amendapat tawaran itu.
Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari tempat orang.
Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Hamidah berasa tidak sedap hati. Ini kerana, dia selalu melihat salah seorang rakan dormnya memakai uniform untuk berkawad.
Tapi bila dia mahu bertanya dan bersembang dengan kawannya itu yang bermata sepet dan berkulit putih, pasti terhalang oleh sesuatu. Ada rakan lain yang mencelah atau apa saja hingga peluang untuk bercakap dengan kawannya itu tidak kesampaian.
Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Hamidah di dalam hati.
Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut temantemannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Hamidah rasa seram sejuk.
Disebbakan masih baru di situ, hamidah belum mengenali semua pelajar yang ditempatkan sekali dalam dorm asramanya itu.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba-tiba Hamidah dikejutkan dengan kawannya yang berpakaian uniform sedang berjalan menuju keluar dari dorm mereka. Hamidah ingin memanggilnya tapi tidak kesampaian kerana kawannya itu berjalan cukup pantas.
Maka Hamidah membiarkannya saja. Dilihatnya sekeliling, semua teman dorm yang lain sedang nyenyak tidur. Dia rasa tak puas hati namun fikirnya lebih baik dia tidur saja.
Share this novel