Julia dan keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu menonton rancangan tv selepas menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan oleh ibunya. Sedang mereka bergelak ketawa, satu ketukan keras di pintu rumah kedengaran mematikan gelak tawa tadi.
Ibu Julia bangun menuju ke pintu untuk melihat siapa yang berada di luar. Kleihatan dua anggota polis bediri di luar pintu.
“Maaf mengganggu. Ini rumah Puan Esah ke?” tanya salah satu anggota polis itu.
Ibu terus mengangguk ya.
“Puan kenal dengan Abdul Malik bin Rahman?” tanya anggota polis itu lagi.
“Ya, itu adik bongsu saya. Ada apa encik?” soal ibu pula dengan cemas.
“Kami datang untuk maklumkan bahawa adik puan sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.”
“Ya Allah...”
Ibu Julia hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu.
“Kami harap Puan banyakkan bersabar,” nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku.
Pakcik Julia menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Seremban. Arwah menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, anak sulung mereka.
Pakcik yang Julia panggil “Pak Su” baru berusia 33 tahun ketika arwah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
Share this novel