"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik !" Satu suara kuat menyebabkan Junaidi tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Junaidi bangun.
"Eh ? Mak !" terkejut Junaidi lihat ibunya berdiri di depan bersama abah dan ahli keluarganya yang lain. Semuanya berpakaian cantik dan kemas.
"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah abahnya.
"Eh ? Kenapa pulak diorang marah ni ? Junaidi memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh tiada biskut kering yang Saleh hidangkan malam tadi! Hanya daun-daun kering yang bertaburan. Lebih memeranjatkan lagi, di tepinya terpacak batu nisan!
Junaidi melompat bangun. Junaidi pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Junaidi mengelabah.
"Eh ? Semalam saya pergi rumah Saleh, mak... abah ! Macam mana saya boleh ada di sini pula pagi ini?” tanya kau kebingungan dengan apa yang terjadi. Aku yakin masih waras dan apa yang berlaku malam semalam bukanlah satu mimpi.
"Apa ? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Junaidi segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan.
‘Saleh bin Abdul Hamid.17 Julai 1983 – 20 Ogos 2015’
Junaidi terpegun.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Saleh mak !! Kalau dia tak ade, siapa yang saya jumpa malam tadi ? Bulan puasa pun ada hantu juga ke?"tanya Junaidi seperti orang hilang akal rupanya.
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu ! Saleh dah tak ada ! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang menimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu.
Meleleh juga air mata seorang ibu mengenangkan nasib yang menimpa Saleh yang lebih kurang baya dengananaknya.
Junaidi tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi ! 'Bertemu' arwah Saleh di malam menjelang hari raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu, apakah yang Junaidi temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya.
Junaidi terduduk kebingungan di sisi kubur Saleh, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye !"
Junaidi lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku ! Semoga kau tenang dan aman di sana !”
Share this novel