BAB 10

Horror & Thriller Completed 4465

Ketika itu keluarga Julia tinggal di Melaka, rumah menghadap jalan raya berdepan dengan surau.
Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam.

Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu – kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing juga.

Semasa hidupnya, pakcik Julia adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan Julia adik beradik adalah antara kegemaraannya. Arwah juga suka menunggang skuter dengan laju.

Sering ibu dan ayah Julia menegur cara arwah menunggang skuter. Namun pakcik tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcik.

“Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!” Marah ibu.

Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah-olah terasa kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram.

Setelah tiga hari dikebumikan, Julia sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. Apabila masuk waktu maghrib, mereka selalu ternampak semacam imbasan arwah di bilik belakang tempat beliau dimandi dan dikafankan.

Terdengar seperti suara arwah berbual-bual, bunyi skuternya dan jugak bunyi siulannya.

Yang paling menghairankan Julia, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu,namun bau pacai dan setangi yang digunakan untuk menguruskan mayat arwah masih kuat baunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience