Laila merupakan seorang guru. Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah setelah menamatkan pengajian di maktab perguruan.
Laila tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu. Para penduduk sekitar dan guru-guru yang mengajar di situ sudah sedia maklum dengan kehadiran 'seseorang'. Namun, tidak ada seorang pun yang membuka mulut sewaktu Laila mula mengajar.
Pernah suatu ketika semasa Laila mengajar di dalam kelas, kedengaran pintu bilik darjah diketuk bertalu-talu. Gegarannya terlalu kuat sehingga dinding bilik itu terasa seperti bergoncang.
Menyangka mungkin ada sesuatu yang buruk sedang terjadi di luar, Laila segera membuka pintu. Sebaik di buka, tiada sesiapa yang berada di luar bilik darjah. Malah, laluan pejalan kaki juga kosong.
Mana mungkin ada manusia yang mampu menggegarkan pintu kelas kemudian berlari menyembunyikan diri dalam masa yang singkat.
Dalam kejadian lain, loceng yang terletak di atas meja guru berbunyi tanpa henti padahal tiada sesiapa yang menyentuhnya. Loceng itu kemudian terapung di udara sebelum dihempaskan ke lantai.
Angin kencang juga sering bertiup dalam kawasan sekolah walaupun pada ketika itu cuaca sebenarnya sangat baik. Biasan cahaya yang terang juga sering memenuhi bangunan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan sekolah tersebut.
Selain guru-guru, penjaga dan tukang cuci yang bekerja di sekolah itu juga sering diganggu. Sampai ke satu tahap, mereka menjadi sangat takut untuk masuk dan membersihkan kawasan sekolah.
Bukan itu saja, ramai pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana takut kepada gangguan yang tidak henti-henti muncul sewaktu pembelajaran berlangsung.
Gangguan demi gangguan yang dialami Laila membuatkan dia kadangkala takut untuk ke sekolah. Namun, memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, dia sedaya upaya menepis rasa takutnya.
Penduduk yang tidak tahan dengan pelbagai gangguan hingga menyebabkan anak-anak mereka takut ke sekolah mula menjalankan siasatan.
Share this novel