BAB 14

Horror & Thriller Completed 4465

Ada yang mendakwa salah seorang penduduk telah merasuah seorang kanak-kanak lelaki untuk mengaku bersalah di atas semua kekacauan yang telah terjadi di sekolah tersebut. Ini semua bagi menutup misteri yang masih gagal dirungkai.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak bernama Khalid telah mengaku bersalah terhadap kejadian-kejadian misteri tetap melanda sekolah itu. Ini membuatkan penduduk tidak mempercayai pengakuannya itu.

Kemudian, beberapa penduduk yang telah lama menetap di kawasan tersebut akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Khabarnya, kejadian misteri disekolah itu bermula apabila seorang kanak-kanak telah melakukan satu kesalahan yang tidak dinyatakan. Sebagai hukuman, kanak-kanak itu telah dipukul dengan teruk sebelum dikurung dalam bilik.

Keesokannya, kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia. Kemungkinan akibat cedera teruk dipukul.

Kerana kes itu, sekolah itu telah ditutup untuk beberapa ketika bagi meredakan keadaan. Beberapa tahun kemudian, sekolah itu dibina semula dan dibuka seperti biasa bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai untuk kawasan terbabit.

Sejak pembukaan semula sekolah itu, satu persatu kejadian misteri kembali menghantui guru-guru dan pelajar. Gagguan itu dikaitkan dengan roh kanak-kanak tersebut. Dikatakan rohnya tidak tenang dan mahukan keadilan.

Begitu juga dengan Laila. Tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dia akhirnya meninggalkan sekolah itu. Tidak lama selepas pemergian Laila, sekolah itu telah dirobohkan dan dibina semula sebagai rumah persendirian.

Mungkin roh kanak-kanak itu hanya mahu membalas dendam kepada guru-guru yang menghukumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience