Yang masih Julia ingat, kakak dan kedua-dua abangnya sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su.
Abang-abang Julia pula sering diganggu semasa tidur, dicuit-cuit dihidungnya – iaitu kebiasaan pak su semasa hidupnya. Ibu Julia pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu.
Isteri arwah pula sering termimpi-mimpikan arwah. Isteri arwah sering bermimpikan pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri arwah terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.
Masih Julia ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan diikuti dengan salakan anjing yang mendayu-dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu.
Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada di dalam rumah selama 40 hari.
Julia sekeluarga sering mengaji dan membaca yasin serta membaca fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Namun Julia sekeluarga masih hairan mengapa rohnya seolah-olah tidak tenteram.
Nak dikatakan ada perkara yang belum dilangsaikan, semuanya sudah ditanya dan diselidik tiada apa yang tertinggal. Julia sekeluarga pening memikirkan petunjuk yang mahu diberikan untuk membantu arwah supaya tenang dan selamat di alam sana.
Share this novel