BAB 12

Horror & Thriller Completed 4465

Apa yang menghairankan Julia sekeluarga lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcik menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau di bahagian kepala kubur beliau.

Menurut pakcik Julia yang seorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Pak cik Julia cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh ke bawah.

Yang lebih menghairankan, apabila lubang di bahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan.

Julia sekeluarga pula sering berasa ketakutan – terutama sekali Julia dan kakaknya. Apatah lagi salah sorang sahabat karib pak su juga dikatakan terkena “badi” arwah. Sering melihat kelibat arwah dan diganggu sepertimana arwah bergurau ketika hayatnya masih ada.
Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenek Julia bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan.

Menurut nenek, pak su memberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi arwah yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham di dalam mimpi nenek Julia.

Keesokkan harinya, Julia sekeluarga membersihkan bilik tempat arwah dimandikan dan dikapankan. Ternyata masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi arwah yang masih lembab di bawah tikar getah itu. Ayah Julia terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam.

Julia sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience