BAB 7

Horror & Thriller Completed 4465

Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Hamidah -kelam-kabut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

Bila diamati lagi suara itu, Hamidah dapat mendengar ayat dan perkataan yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia bukan dalam bahasa Melayu mahu pun Inggeris, sebalinya bahasa Jepun!

Ah, sudah! Tidak menunggu lama, Hamidah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata. Kaki dan tangannya sudah menggeletar.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan-rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat.

Semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba-tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas di cuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi.

Seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai!.
Sret... sret... sret..

Hati Hamidah mula berdebar-debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas Jepun itu dikatakan telah banyak kali ‘memakan’ mangsa, namun Hamidah tidak mengendahkan kata-kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

Malah kawan yang selalu berbaju unform itu juga tidak kelihatan di mana-mana. Hamidah mula memikirkan sesuatu yang tak baik.

Mungkin kah apa yang dilihatnya tu makhluk lain? Ini kerana rakan-rakan dorm yang lain tidak pernah menyentuh tentangnya hatta rakan yang selalu dalam pakaian uniform itu berselisih bahu dengan rakan-rakan dorm yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience