“Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengorat diorang.Hishh ! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke. Sakit ke! Mati pun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Saleh sedikit tinggi. Menunjukkan rasa kecewanya.
"Aku mintak maaf Saleh, aku betul-betul tak tahu hidup kau susah sampai macam tu sekali !" Junaidi menyuarakan rasa bersalahnya. Saleh cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh, minumlah ! Rumah aku tak ada apa boleh dimakan. Ni je la!". Saleh menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.
“Tak apa. Apa yang kau hidangkan ini dah cukup pun. Bukannya aku lapar lagi. Tadi kan aku dah berbuka di surau. Kau dah lupa?” Sengaja Junaidi mengajaknya bergurau supaya Saleh tidak lagi bersedih.
Hati Junaidi sebak. Sampai begini susah hidup Saleh!
"Aku mintak maaf Saleh, sedih sungguh aku tengok kau ni !" Suara Junaidi sayu dan pilu. Saleh senyum tawar.
"Buat apa kau mintak maaf ? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat macam mana.” Saleh menghirup sedikit teh yang ada dalam cawannya sambil memandangkan ke arah luar.
Junaidi masih memerhatikan riak wajah kawannya itu. Pastinya dia sangat kecewa dengan orang di sekeliling yang memingggirkan kewujudannya.
“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya,aku minta ampun dan maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Tiba-tiba emosinya berubah ceria.
Tak semena-mena dia memohon maaf apabila melihat Junaidi sudah menerbitkan riak rasa bersalah. Bukanlah dia mahu menyalahkan Cuma mahu meluahkan perasaan yang terbuku.
Mereka berbual hingga larut malam. Junaidi tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Saleh menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Junaidi tertidur.
Share this novel