BAB 11

Romance Completed 16822

Iman terjaga bila dia rasa pipinya diusap perlahan. Dalam keadaan yang masih mamai, dia cuba membuka mata. Dia nampak Jed tengah duduk di birai katil sambil pandang dia yang masih baring di atas katil ini. Dek sebab dia mamai lagi, terus dia pejamkan mata semula dan sambung tidur. Dan dalam dia sibuk nak sambung tidur tu, dia tiba-tiba teringat sesuatu.
Eh, Jed dah balik dari outstation ke?

“Iman, bangun sayang. Dah Subuh.” Suara Jed mengejutkan Iman.

Terus Iman bukak mata. Memang betul la Jed dah balik. Kalau tak, macam mana Jed boleh ada kat sini? Bila dia bukak mata tu, dia nampak Jed masih lagi duduk di birai katil. Jed pandang muka dia agak lama.

“Bangun, sayang. Dah Subuh ni.” Jed berkata sekali lagi sebelum bangun dari katil. Selepas itu, Jed bergerak ke arah almari baju.

Iman bangun dan bersandar sekejap ke kepala katil. Dia perhatikan saja Jed yang tengah memilih baju. Lelaki itu masih memakai kain pelikat dan t-shirt, tanda Jed sudah pun sembahyang Subuh tadi. Mata Iman turun pula ke luggage Jed yang terletak di tepi almari. Terus dia bertanya kepada Jed, dengan suaranya yang masih serak itu.
“Bila abang balik?”

“Pukul 1.00 pagi tadi.”

Iman mengangguk. Dia tidur awal semalam, mana la dia nak perasan kalau Jed balik. Iman pandang semula pada Jed yang dah keluarkan sehelai jeans dan t-shirt dari dalam almari.

“Abang nak pergi mana?” tanya dia sambil sempat tengok jam di dinding. Baru pukul 6.15 pagi. Jed nak pergi mana lagi? Takkan pagi-pagi macam ni dah nak keluar?

Dia nampak Jed senyum di depan cermin. “Keluar, jumpa girlfriend.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience