BAB 3

Romance Completed 16822

“Saya tahu awak terpaksa setuju sebab Aunty. Tapi, bila saya fikir balik, kita memang tak patut kahwin pun. Benda ni tak adil untuk awak dengan saya.” Iman bersuara bersungguh-sungguh. Dia kena yakinkan abang Akmal yang semua ni tak patut berlaku sebenarnya.

“You said yes to my proposal that day.” Tenang saja abang Akmal itu bersuara. Siap bersandar ke kerusi sambil silang kaki lagi. Orang yang matang dari segi usia, memang selalu tenang eh? Hari tu Akmal ada beritahu yang umur Jed ni dah nak masuk tiga puluh tiga tahun. Beza sembilan tahun dengan umur dia sendiri dan Akmal.

“Ya, saya tahu. Tapi, hari tu saya bagi jawapan kat Aunty tanpa fikir panjang. Saya tak tahu pun yang awak… awak…” Iman terdiam. Mulutnya bergerak-gerak, cuba mencari perkataan yang sesuai untuk mengelakkan Jed terasa hati.
“Yang saya player? Kaki perempuan? Perempuan keliling pinggang?” Jed baik hati tolong sambungkan ayat Iman sambil menyedut jus tembikai. Gaya Jed bercakap itu langsung tak menunjukkan yang itu satu isu yang besar. Macam isu kaki perempuan itu satu benda yang sangat biasa bagi Jed.

“Yes.” Iman terus mengaku. Buat apa nak selindung-selindung kalau tuan punya badan sendiri pun dah mengaku? Patut la Akmal beria-ia suruh dia berbincang dengan Jed supaya batalkan perkahwinan ini. Sebab Akmal tak nak dia berkahwin dengan seorang player! Walaupun player itu abang kandung Akmal sendiri.

“Jadi?”
“Jadi apa?”
“Yalah. Jadi, apa yang awak nak cakap sebenarnya?”
Iman blur. Selepas beberapa saat, baru la dia faham soalan Jed itu. “Oh. Jadi, saya rasa kita cancel je la wedding tu.”

“Batalkanl?” tanya Jed lagi, masih lagi dengan gayanya yang tenang itu. “Sebab saya player? Macam tu?”
“Ha’ah betul tu.” Laju Iman mengangguk. Dia mula rasa yang abang Akmal ini tak la seteruk mana. Masih lagi boleh bertimbang rasa bab-bab nak batalkan perkahwinan ini.

Jed tiba-tiba ketawa. Ketawa besar sampaikan orang di sebelah meja tempat dia dan Jed minum sekarang ni, semua berpaling ke arah Jed. Dek sebab malu jadi perhatian ramai orang, Iman terus tunduk dan menyedut jus jambunya. Malu betul dia sekarang ni. Jed ni pun tak reti-reti nak berhenti ketawa ke apa?

“Iman Delilah, Iman…Iman..’’ Jed menggeleng-geleng sambil tersenyum. “Macam ni la, Iman. Kita teruskan je la perkahwinan kita ni. Banyak masalah kalau kita batalkan sebenarnya. Lagi huru-hara. Mama dah siap call designer, wedding planner bagai dah untuk tempah baju nikah, pelamin kita.”

“Tapi, awak kata awak akan batalkan perkahwinan kita kalau saya setuju jumpa awak.” Iman dah mula susah hati. Dia memang mengharapkan yang Jed akan batalkan perkahwinan ini. Bila Akmal memberitahu dia yang Jed sebenarnya kaki perempuan, dia mula takut. Siapa yang berani nak kahwin dengan seorang lelaki yang pasang perempuan keliling pinggang, kan?
“Awak terima pinangan saya hari tu sebab mama, kan?” tanya Jed.
Iman angguk.

“Saya tak berani nak batalkan perkahwinan kita pun sebab mama jugak. Kalau kita cancel wedding ni, apa perasaan mama? Bukan setakat mama saya, perasaan parents awak pun kita kena ambik kira jugak.”
Iman terus bersandar ke kerusi. Semangatnya jatuh terus. Dia rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sendiri sebab senang sangat bersetuju dengan pinangan Aunty Wawa hari tu. Kalau dia tak beri jawapan tergesa-gesa, mesti dia selamat sekarang. Kenapa la dia tak fikir betul-betul hari tu?
Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

“Jangan risau, Iman. Saya tak akan bawak perempuan balik rumah kita.” Jed berkata sambil tersenyum.
Lagi la Iman rasa macam nak pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience