BAB 7

Romance Completed 16822

Akmal dah nak kahwin!

Dan orang yang paling kelam kabut dengan persiapan majlis perkahwinan Akmal ni, bukan la Akmal sendiri. Tapi mama! Kesian mama. Belum sempat mama berehat selepas uruskan majlis perkahwinan dia dengan Jed enam bulan lepas, sekarang ni mama kena uruskan majlis perkahwinan Akmal pulak. Dan Iman sebagai seorang lagi kaum perempuan dalam rumah tu pun rasa kelam kabut sekali. Dia la tukang siapkan hantaran, tukang uruskan hal pelamin, dan tukang kemaskan ruang tamu. Sedangkan Akmal?
Akmal lepak saja tengok TV sambil makan Twisties. Menyampah betul.
“Woi, Mal. Tolong la aku siapkan hantaran kau ni.” Iman menunjuk pada dulang hantaran yang baru dihiaskan separuh.
“Tu semua kerja orang perempuan la, Iman. Lelaki mana cool buat benda-benda macam tu.” Selamba saja Akmal menjawab. Lepak saja mengunyah Twisties perisa keju itu.

Iman terus capai bantal kecil dari atas sofa dan baling ke arah Akmal. “Banyak la kau punya cool tak cool. At least cuba la bagi idea sikit macam mana nak cantikkan hantaran ni. Bukan untuk orang lain pun, untuk Qila jugak. Nanti kalau tak lawa karang, kau salahkan aku pulak.” Bebel Iman lagi.

“Tak adanya aku nak salahkan kau. Kau buat je la macam mana pun. Mesti jadi punya.” Jawab Akmal lagi. Akmal langsung tak lepaskan mata dari skrin TV.

“Eee… kau ni. Ada pulak macam tu? Kalau aku jadi Qila, mesti aku kecik hati. Bakal suami sendiri tak peduli langsung hal-hal kahwin ni.” Provok Iman. Dia saja buat-buat suara sedih sebab nak buat Akmal rasa serba salah. Tahu la hari ni cuti, tapi tak payah la sampai duduk depan TV saja. Selalunya orang yang nak kahwin ni kelam kabut buat persiapan. Si Akmal ni ada pulak bersenang lenang saja?

Akmal mengeluh. Lepas tu, Akmal terus bangun dari sofa dan duduk di depan dia yang tengah bersila di atas karpet. Heh, senang saja nak psiko si Akmal ni. ‘Jual’ saja nama Qila, tunang Akmal, mesti Akmal cair punya.
“Ha, aku kena buat apa?” tanya Akmal. Nak tergelak Iman bila tengok muka Akmal yang tak rela itu. Akmal dok sibuk membelek satu dulang yang dah siap dihias dengan reben.

“Cuba bagi idea sikit macam mana nak cantikkan benda ni.” Dia meletakkan dulang yang masih kosong di depan Akmal. Biar Akmal yang tentukan macam mana nak hiaskan dulang ini. Dia mintak idea Akmal pun sebab dia sendiri tak yakin dengan hiasan yang dia dah buat untuk dulang pertama tadi. Nampak macam tak berapa cantik dan kemas.

“Dulang tu tak cantik.” Jujur Akmal komen sambil menunjuk pada dulang yang pertama tadi. “Nampak kosong sangat. Kenapa tak guna bunga-bunga yang besar sikit? Lagi satu, aku tak berkenan dengan warna dia. We need something yang boleh buat dulang tu nampak menyerlah.”

Iman ternganga. Dia pandang Akmal yang masih membelek dulang pertama tadi.
“Kita tak ada bunga ros yang besar eh?” tanya Akmal.

“Tak ada.” Dia menjawab dengan nada suara yang kagum. Kagum sebab dia tak sangka Akmal boleh beri komen yang sangat berguna tentang hal-hal hiasan ini. Bukan lelaki selalunya ambik mudah saja ke tentang hal-hal hantaran ni?
Dahi Akmal berkerut memandang Iman. “Kau dah kenapa suara macam tu?”
Dia sengih. “Kagum la aku dengan kau. Mana kau belajar pasal warna menyerlah semua ni? Kau pergi kursus buat barang hantaran tak ajak aku, eh?”

“Amboi, kau ingat aku nak calarkan kejantanan aku dengan pergi kursus bagai? See the leg la. Ni bakat semula jadi yang terpendam dalam diri yang sangat low profile ni.” Akmal bercakap dengan gaya yang agak bongkak. Sabar saja la.
“Bakat semula jadi konon…” Dia buka langkah provokasi pula.

“Betul la. Kau ingat kalau bukan aku yang siapkan hantaran untuk kau dulu, boleh jadi cantik ke hantaran tu?”
“Serius?” Iman angkat muka dan pandang Akmal. Mulutnya ternganga lagi. Akmal yang buat hantaran untuk dia masa dia kahwin dengan Jed dulu?
“Serius la. Kau ingat aku main-main?”

“Ha.” Iman buat suara kagum lagi. Serius dia tak tahu Akmal yang buat hantaran untuk dia tu. Dia ingatkan mama yang buat. Kalau bukan mama yang buat pun, dia ingatkan Jed upah orang untuk buat hantaran tu. Rupa-rupanya Akmal yang buat? Kenapa la dia tak pernah tanya hal ni pada Jed?

“Dah dah la tu, Iman. Tak payah kagum sangat dengan aku.” Akmal ketawa. Lepas tu, Akmal tunduk semula tengok dulang yang masih kosong itu. “Aku rasa kita kena beli bunga yang besar sikit la. Baru naik sikit dulang ni.”
“Nak beli kat mana?” tanya Iman.
“Ada satu kedai ni. Teman aku, jom?”

“Sekarang?”
Akmal tengok jam di dinding. “Lepas Maghrib la. Sekarang pun dah pukul enam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience