BAB 6

Romance Completed 16822

Dia tahu Jed seorang kaki perempuan. Itu pun dia tahu daripada Akmal sehari selepas dia bersetuju dengan pinangan Aunty Wawa bagi pihak Jed. Tapi, dia tak pernah tahu sejauh mana sifat kaki perempuan Jed itu. Berkepit dengan perempuan lain dua puluh empat jam ke, bertukar-tukar perempuan setiap minggu ke, ataupun keluar minum dengan perempuan lain kat Starbucks setiap hujung minggu…
…macam sekarang.

Iman perhatikan saja kelibat Jed yang tengah bersembang dengan seorang perempuan dalam Starbucks itu. Jed tak nampak pun dia kat sini sebab kedudukannya berdiri ni agak terselindung. Dia sebenarnya temankan mama membuat tempahan kain raya kat shopping mall ini. Tak sangka pulak yang dia akan nampak Jed kat sini. Memang la tadi Jed ada beritahu nak keluar, tapi Jed kata nak jumpa Bard. Tak tahu pulak yang Bard tu dah bertukar jadi seorang perempuan!
Jadi, macam ni rupanya seorang kaki perempuan menghabiskan masa hujung minggu. Keluar dating, keluar minum dengan girlfriend, sembang-sembang, lepaskan rindu…
Gulp.

Tiba-tiba Iman telan air liur. Bukan sebab dia tergoda dengan air yang baru saja Jed nak minum itu. Tapi… sebab Jed tengah pandang dia sekarang ni! Jed baru saja mengangkat cawan untuk minum ketika itu. Tapi, belum sempat cawan itu mencecah bibir Jed, Jed dah terpandangkan dia yang masih berdiri di luar Starbucks itu.
Iman rasa kakinya macam dah terpaku ke lantai shopping mall itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience