BAB 10

Romance Completed 16822

Iman bersandar ke kepala katil. Dia teringat semula perbualannya dengan mama petang tadi.
“Kenapa… mama pinang orang untuk jadi isteri abang? Abang tak ada girlfriend ke masa tu?”
“Kalau Zaid ada girlfriend, tak ada la mama masuk meminang Iman.”
“Abang tak kisah ke mama pinang orang?”

“Nak kisah apa? Memang dia yang suruh mama pinang Iman. Sebenarnya, dah lama dah Zaid suruh. Tapi, masa tu Iman belajar lagi. Mama pun tak berani nak pinang Iman sebab… Zaid tu nakal sikit masa tu. Banyak girlfriend. Lagipun, mama tak nak la kacau Iman belajar masa tu.”

“Orang belajar lagi masa tu?”

“Ha, masa tu Iman baru tahun kedua kot, sama dengan Akmal. Eh, Zaid tak cerita kat Iman ke?”
“Tak.”

“Hei, Zaid ni. Dia malu nak cerita la tu. Dari Iman tahun kedua lagi dia dah suka Iman. Siap suruh mama pinangkan Iman. Tapi, mama cakap kalau betul dia serius, dia kena tunjuk yang dia betul-betul serius. No more perempuan keliling pinggang, no more bawak anak dara orang keluar malam-malam, dan jangan pegang anak dara orang suka-suka hati.”
“Abang ikut ke cakap mama?”

“Kalau dia tak ikut, mama pun tak berani nak pinang Iman. Takkan la mama berani nak pinang anak orang kalau anak sendiri pun tak berapa baik?”

“Tapi, masa orang selalu datang rumah mama dulu, orang tak pernah nampak abang pun?”

“Masa tu Zaid kerja kat Johor, jarang balik sini. Cuma raya je dia balik. Rasanya first time dia nampak Iman masa mama buat rumah terbuka. Selepas tu, setiap tahun dia paksa mama buat rumah terbuka dan suruh mama jemput kawan-kawan Akmal. Kelakar bila teringat balik perangai suami Iman tu.”
Iman diam.

“Zaid tu baik, Iman. Mungkin Iman tak nampak lagi baik Zaid tu kat mana, tapi mama percaya anak mama. Kalau Zaid ada salah, Iman tolong la tegur-tegur sikit. Dia pun ambik masa jugak nak jadi baik sebenarnya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience