BAB 13

Romance Completed 16822

“Iman.”
“Hmm?” Iman angkat muka dari baju yang dia tengah lipat. Dia pandang Jed yang baru saja duduk di sebelah dia. Selepas Isyak tadi, Jed kata Jed nak keluar sekejap. Sempat dia pandang jam di dinding. Baru pukul 9.30 malam. Maknanya Jed keluar tak sampai setengah jam pun.

“Nah.” Jed menghulurkan sesuatu pada dia.

Iman ternganga. Dia pandang dua kuntum bunga ros merah dalam plastik berikat reben itu. Dan dia pandang semula pada Jed, seolah-olah tak percaya dengan apa yang Jed hulurkan pada dia tu.

“Ambik la, sayang. Ni hadiah sebab Iman dah penat-penat tolong basuhkan baju abang yang banyak-banyak tu.”
Lambat-lambat tangan Iman menyambut bunga itu. Dia tak sangka sebenarnya yang Jed sangat menghargai usaha dia membasuh baju Jed. Padahal bagi dia sendiri, dia tak rasa susah pun. Setakat basuh baju, apa la sangat. Bukannya dia kena basuh sepuluh baldi baju pun. Tapi, bila Jed siap belikan bunga untuk dia ni, rasa macam terharu pulak. Tak sangka Jed hargai usaha dia yang tak seberapa itu.

“Thanks, abang.” Dia senyum pada Jed.
“Thanks je?” tanya Jed.

Iman mendekatkan dirinya dengan Jed. Tangan kirinya memeluk pinggang Jed, manakala tangan kanannya masih lagi memegang bunga itu. Buat pertama kali, dia tebalkan muka dia dan mencium pipi Jed. Lepas tu, dia sandarkan kepala dia ke bahu Jed yang duduk di sebelahnya itu. Dia kena sembunyikan muka dia yang merah ini daripada pandangan Jed!

Jed ketawa bila dia sandarkan kepala ke bahu Jed. Mesti Jed dapat tangkap yang dia tengah malu sekarang ni. Kedua-dua tangan Jed memeluk badan dia. Lepas tu, Jed cium kepala dia.

“Suka eh dapat bunga? Hmm?” tanya Jed. Jed membenamkan hidung ke rambut Iman.
“Suka. Tapi kenapa bunga ni dua?” Pelik jugak Iman bila cuma ada dua kuntum bunga saja dalam plastik itu. Bukan selalunya orang akan bagi sekuntum ataupun tiga kuntum ke? Ni kenapa Jed beli dua kuntum saja?

“Sebab… sekarang ni kita berdua lagi. Bila kita dah bertiga nanti, baru abang belikan tiga bunga untuk Iman.”
Iman terkaku. Dia mula rasa cuak bila Jed masuk topik yang macam ni. Perlahan-lahan, dia cuba longgarkan pelukan Jed itu. Dia tarik semula tangan dia yang tengah peluk pinggang Jed. Tapi, nampaknya Jed perasan yang dia nak lepaskan diri. Terus Jed eratkan lagi pelukan, sampaikan Iman terpaksa peluk semula pinggang Jed.

“Abang selalu terfikir macam mana seronoknya bila kita ada anak. Kita boleh main dengan anak-anak kita, kita ajar dia ABC, kita ajar dia mengaji, kita tengok dia berlari… it will be a very beautiful moment, isn’t it? Iman tak nak ke macam tu?”
Iman diam. Dia tak tahu nak jawab apa dengan soalan daripada Jed itu.

“Abang bukannya muda lagi, Iman. Dah tiga puluh tiga tahun dah pun. Kalau anak kita dah sepuluh tahun, abang dah empat puluh tiga tahun dah. Rasa tua betul. Iman tak apa la, masa tu Iman baru tiga puluh empat tahun. Muda lagi.”
Iman tiba-tiba rasa sebak. Jed dah siap rangka masa depan dia dengan Jed. Padahal dia sendiri tak pernah fikir sejauh itu. Selama ini dia cuma fikir yang Jed akan bosan dengan karenah dia ni dan akan cari perempuan lain. Tapi rupa-rupanya Jed memang serius nak pertahankan perkahwinan ni sampai bila-bila. Jed nak kekal pertahankan rumah tangga mereka berdua ini. Kenapa sekarang dia baru perasan kebaikan Jed?

“Betul abang akan belikan saya tiga bunga kalau kita dah bertiga?” tanya Iman sambil pandang bunga di tangan. Dia tak berani nak angkat muka dan pandang Jed. Tapi, dia tahu Jed tengah pandang dia sekarang ni. Badan Jed jugak tiba-tiba kaku, seolah-olah tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Iman itu.

“Iman?” Jed seolah-olah menyuruh Iman ulang semula apa dia kata tadi.

“Tapi, saya tak nak la tiga bunga je. Belikan la empat ke, lima ke, lapan ke…” Iman sambung lagi.
“Lapan? Tapi… kalau Iman nak lapan bunga, maknanya kita kena ada enam orang anak.” Lambat-lambat Jed bersuara, seperti mahu menunggu reaksi daripada Iman.

“Deal.” Rileks Iman menjawab.

“Deal???” Suara Jed pula tinggi, macam nada tak percaya.
“Deal.” Iman angguk. Dia cuba kawal air mukanya yang dah rasa berbahang tu. Ni kalau tengok cermin, mesti merah muka dia sekarang ni. Sebab itu dia cuma tunduk saja dari tadi. Dia tak nak Jed nampak muka dia yang tengah menahan rasa malu dan segan ini.

“Iman, betul ni?” tanya Jed dengan nada yang gembira. Jed melonggarkan pelukannya dan pegang bahu Iman. Iman pulak terus menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Dia malu. Dia tak nak Jed nampak muka dia yang merah ni.
“Iman, betul ke ni?” tanya Jed lagi. Jed pegang kedua-dua tangan Iman, cuba menurunkan tangan Iman. Jed seolah-olah nak mencari kepastian dari mata Iman sendiri.

“Ya, betul. Abang jangan la tanya lagi. Saya malu ni.” Iman bersuara sedih sambil terus menutup muka.
Jed ketawa. Ketawa bahagia, lebih tepat lagi. Jed terus tarik semula dia ke dalam pelukan. Jed mencium dahi dia, lama, seperti meluahkan rasa kasih dan sayang pada dia. Iman pulak terus membalas pelukan Jed. Dia peluk erat pinggang Jed. Baru sekarang dia rasa cinta dia mula bercambah untuk Jed, suami dia. Suami yang dia selalu labelkan sebagai player selama ni.
“I love you, abang.”

“I love you more, sayang. I love you more.” Jed cium dahi dia lagi.

Iman senyum. Dia tahu satu benda hari ni – Jed seorang yang sangat penyayang. Banyak lagi sebenarnya sisi positif seorang Mohd Zaid yang dia baru tahu. Nampaknya hari-hari yang akan mendatang ni dia akan belajar untuk kenal suami dia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience