BAB 5

Romance Completed 16822

“Sini, Zaid. Cuba rasa isteri kamu masak ni.” Mama menghulurkan sudu berisi nasi goreng ke mulut Jed.
“Iman masak?” tanya Jed, sambil pandang Iman.

“Kenapa? Mesti ingat saya tak pandai masak.” Balas Iman. Sambil itu, dia meletakkan kuali kecil di sebelah kuali berisi nasi goreng itu. Iman perasan, api dapur nasi goreng itu dah tertutup. Maknanya nasi goreng itu dah masak. Boleh la dia sambung goreng telur dadar pulak sekarang ni. Lagi sedap makan telur dadar panas-panas, kan?
“Kalau awak tak pandai masak, tak ada la sedap macam ni, sayang.”

Iman menjegilkan mata ke arah Jed. Pandai la Jed nak guna sayang-sayang ni kat depan mama. Selama ni tak pernah pun keluar perkataan sayang tu!

“Apa?” tanya Jed sambil senyum. Berpura-pura tak tahu lagi la tu!
“Mama, Jed… err… Abang Jed reti masak tak, ma? Kalau kita suruh dia goreng telur hari ni, agak-agak dia boleh buat tak?” Dia bertanya pada mama. Tapi, dia pandang muka Jed sebab nak tengok reaksi lelaki itu. Akmal pernah cerita, dalam tiga orang adik-beradiknya itu, cuma Razren saja yang rajin tolong mama kat dapur. Yang lain… dalam mimpi saja la!

Iman nampak muka Jed berubah. Lebih kepada tergamam sebenarnya. Mahu saja Iman tergelak masa tu jugak. Itu la, kenakan orang pandai. Sekarang ni biar Jed yang pegang sudip pulak. Nak jugak dia tengok macam mana orang yang sibuk kerja dua puluh empat jam ni pegang sudip.

Jed tiba-tiba tersenyum. “Mesti la abang boleh buat. Senang je.”
Abang??? Imam pulak yang tergamam. Tiba-tiba dia baru tersedar tadi yang dia terlepas membahasakan Jed sebagai Abang Jed. Tapi, dia buat macam tu cuma di depan mama saja sebab dia tak nak mama fikir yang bukan-bukan – takut mama fikir yang dia ni tak hormat Jed pulak. Bukan sebab dia memang rela hati nak panggil Jed tu abang! Aduh… tak pasal-pasal Jed ni perasan pulak!

“Ha, bagus la kalau macam tu. Zaid dengan Iman settled-kan kerja kat dapur. Mama nak hantar air ni kat depan.” Mama terus keluar dari dapur.

Jed pulak, dengan muka yang masih senyum, selamba saja mengambil sudip dari tangan Iman. Iman dah mula cuak. Bukan sebab dia takut dia akan kena keracunan makanan kalau Jed yang buat telur dadar tu, tapi… dia takut Jed akan mula membahasakan diri sebagai ‘abang’ selepas ini. Macam mana ni?

“Kenapa?” tanya Jed sambil tuang sedikit minyak dalam kuali. Jed menoleh sekejap dan pandang Iman.
Iman cuma menggeleng. Dia berdebar menunggu ayat seterusnya yang akan keluar dari mulut Jed.
“Tak percaya abang tahu masak, ya?” Jed senyum lagi.
Iman rasa nak pengsan masa itu jugak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience