BAB 2

Romance Completed 16822

Akmal berjalan laju naik ke tingkat atas. Masa dia parkir kereta depan rumah tadi, dia nampak kereta Jed ada kat dalam pagar rumah. Maknanya Jed cuti hari ni. Dan maknanya, betul la apa yang Iman cakapkan tadi! Jed yang dia kenal, bukan jenis yang senang nak ambik cuti masa kerja. Ni kalau dah siap ambik cuti ni, memang betul la Jed suruh mama merisik Iman tadi!

Apa agenda Jed sebenarnya?

“Jed!” Akmal terus serbu Jed sebaik saja dia bukak pintu bilik tidur Jed. Dia nampak Jed duduk bersandar di sofa sambil membelek handphone di tangan. Melihatkan Jed yang sempoi memakai t-shirt putih dan jeans itu, jelas membuktikan yang Jed memang keluar rumah tadi. Mesti Jed yang hantar mama ke rumah Iman.

Jed menoleh ke arah pintu dengan riak muka yang selamba. Bila Jed nampak Akmal berdiri di muka pintu itu, Jed tersenyum. Tersenyum sinis, lebih tepat lagi.

“Yes? How can I help you?” Jed silangkan kaki.

“Kenapa kau suruh mama risik Iman untuk kau? Kau tahu dia kawan baik aku, kan? Kau ingat aku nak biarkan dia kahwin dengan orang yang tak guna macam kau?” Akmal mengepal penumbuk. Kalau diikutkan hati dia yang panas ni, mahu saja dia tumbuk muka bongkak Jed itu. Dia tak faham kenapa Jed suruh mama merisik Iman. Iman tak pernah kenal Jed pun!
“Cepat betul benda ni tersebar.” Perli Jed.

“Tarik balik semua plan kau yang nak masuk meminang, kahwin semua tu, Jed.” Akmal ketap gigi. Dia cuba sedaya-upaya mengawal tangannya yang memang teringin nak tumbuk muka Jed itu.

“Tarik balik?” Jed gelak sinis. “ Mal, Mal. Biar la aku kahwin dengan siapa-siapa je yang aku nak, Mal.”
“She don’t deserve you la, player! Iman tu perempuan baik, dia boleh dapat lelaki yang berkali-kali ganda baik daripada kau. Cermin la diri tu sikit. Kau ingat lelaki macam kau, yang suka bawak anak perempuan orang ke sana sini, sesuai dengan dia?”

Jed cuma tersenyum saja sambil melihat skrin handphone. Akmal tahu, Jed sengaja nak memprovok dia. Dia tak kisah langsung pasal itu. Yang dia kisahkan sekarang, tentang masa depan Iman. Macam mana Iman nak hidup bahagia dengan lelaki macam Jed ini? Kaki perempuan, perempuan keliling pinggang, suka mainkan perasaan anak orang. Langsung tak sesuai dengan Iman yang baik itu.

“Kau boleh buat apa, Mal? Aku tak kacau hidup kau, so jangan kacau hidup aku.”
“Tak kacau hidup aku, kau kata? Hei, Iman tu kawan baik aku. Kawan baik aku, kau tahu? Kalau kau nak rosakkan hidup dia, sama je macam kau rosakkan hidup aku. Kau nak aku diam je bila dia kena kahwin dengan lelaki perosak macam kau?”
Jed senyum sinis lagi. Jed langsung tak pandang muka Akmal yang dari tadi sibuk meninggi-ninggikan suara. Sebaliknya Jed cuma melihat skrin handphone. Entah apa yang Jed tengok entah.

“Bagi la aku chance nak have fun dengan kawan baik kau tu.” Meleret suara Jed, seolah-olah cuba memprovok Akmal dengan cara yang paling kejam. Dan nampaknya cara Jed itu berjaya sebab Akmal terus meluru ke arah Jed sebaik saja Jed menghabiskan kata-katanya.

“Jed!” Akmal mencekak kuat leher t-shirt yang dipakai oleh Jed. Cengkaman dan tarikan yang agak kuat daripada tangannya itu membuatkan Jed terus berdiri. Namun, air muka Jed masih selamba. Langsung tak terkesan dengan cengkaman tangan Akmal yang boleh membuatkan Jed sesak nafas. Anak mata Akmal berlawan dengan anak mata Jed.

“Behave yourself, Jed.” Akmal bersuara tegas, lebih kepada memberi amaran sebenarnya. “Baik kau cancel semua ni. Iman pun takkan setuju dengan cadangan gila kau ni.”
“Dia setuju.” Selamba Jed menjawab.

“Dia tak setuju!” Akmal membantah.
“Dia setuju. Mama baru bagitahu aku tadi. Kalau kau tak percaya, tanya la mama.”
“Dia setuju sebab dia tak sampai hati nak tolak permintaan mama la, bodoh!” Akmal menjerit. “Shit! Kau tahu dia takkan bantah hasrat mama! Sebab tu kau gunakan mama sebagai alasan dan ambik kesempatan!” Akmal tarik leher t-shirt Jed dengan lebih kuat lagi.

Jed pula masih macam tadi, selamba. Langsung tak terkesan dengan cengkaman Akmal yang agak kuat pada lehernya itu.
“Cancel off the wedding, Jed. Jangan kau berani nak kahwin dengan Iman. Dia pun takkan suka kau kalau dia tahu kau player.”

Jed mengetap bibir. Tak lama selepas itu, Jed bersuara. “Suruh dia jumpa dengan aku dulu.”
Akmal berkerut dahi.

“Suruh dia jumpa aku dulu kalau betul dia tak nak kahwin dengan aku. Aku boleh discuss elok-elok dengan dia. Kalau dia boleh yakinkan aku yang aku patut cancel wedding ni, aku sendiri akan jumpa parents dia dan cancel semua ni.”
Akmal melepaskan cengkamannya. Namun dia masih berlawan mata dengan Jed. “Make sure you keep your words.”

“As long as dia datang jumpa aku. Kalau tak, jangan terkejut kalau aku kahwin dulu dari kau.” Provok Jed lagi.
“Mimpi la, Jed. Mimpi.” Akmal memberi pandangan tajam padam Jed sebelum dia keluar dari bilik tidur Jed. Dapat abang yang berperangai macam tu, memang menyakitkan hati! Sebab itu dia tak pernah rapat dengan Jed. Hubungan adik beradik pun cuma pada nama. Siapa yang bangga kalau ada abang yang selalu berfoya-foya dengan entah berapa ramai perempuan?
Tak ada siapa pun yang akan bangga. Malu ada la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience