BAB 12

Romance Completed 16822

Iman mengurut tangannya yang lenguh. Dia berdiri di depan ampaian baju dan perhatikan baju-baju Jed yang dia dah siap jemur tadi. Banyak jugak baju yang Jed bawak pergi outstation. Penuh satu luggage tu dengan baju kerja, baju biasa, jeans, seluar slacks lagi. Yang lagi haru, dia basuh semua baju Jed guna tangan, okey? Bukan guna mesin basuh, jauh sekali hantar ke dobi. Jed bukannya suka kalau baju-baju tu dibasuh guna mesin basuh.

Cerewet, kan? Tapi, nak buat macam mana? Dah jadi suami dia dah pun.

Iman angkat bakul baju yang dah kosong dan masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Dia letakkan bakul itu di sebelah mesin basuh. Selepas itu, dia terus naik ke tingkat atas. Dia penat, dia rasa dia nak baring sekejap sebelum masuk Zohor. Nasib baik dia tak payah masak hari ni – mama dengan abah pergi melawat orang sakit, Razren ada program kat universiti, Akmal pulak keluar dengan Qila untuk uruskan hal majlis pernikahan mereka berdua.
Dan Jed?

Jed kan keluar dengan girlfriend?

Sampai saja di dalam bilik tidur, Iman terus lompat ke atas katil. Dia dah tak peduli apa-apa dah. Dia penat sebab basuh baju Jed yang banyak tu. Jadi dia nak baring sekejap dan hilangkan sakit pinggang dan lenguh tangan dia ni. Tanpa sedar, dia terus tertidur tak sampai lima minit dia baring atas katil itu.

Masa dia tengah lena tidur tu, tiba-tiba dia rasa tangan kanannya dipegang oleh seseorang. Kemudian, dia terasa tangannya diangkat perlahan sebelum tapak tangannya itu dicium lembut. Iman tiba-tiba teringat yang hanya dia seorang saja ada di dalam rumah ini. Spontan dia bangun dari baring dan menepis tangan yang memegang tangannya itu. Dek sebab dia tepis kuat sangat, jarinya terhentak pada kepala katil.
“Auch.” Iman mengaduh.

“Eh, kenapa ni?” Suara Jed kelam kabut.
Jed???

Iman angkat muka. Dia pandang muka Jed yang tengah berkerut dahi itu. Mesti Jed pelik kenapa dia tiba-tiba menepis tangan Jed tadi. Yalah, ingat tak terkejut ke bila ada orang tiba-tiba pegang tangan kita masa tidur? Dah la dia dah set dalam kepala yang dia seorang saja dalam rumah ni. Takut dia tadi masa Jed pegang tangan dia. Mana la tahu pencuri ke tadi, perompak ke…

“Sorry kalau abang kejutkan Iman.”
Iman meraup muka. Dia beristighfar dalam hati, cuba redakan jantungnya yang berdegup kencang tadi.
“Iman? Iman okey ke tak ni?”

“Err… okey. Saya okey, cuma terkejut je tadi.”
“Sorry, sayang. Abang tak sengaja.” Serba salah Jed bersuara. Terus Jed capai semula tangan Iman dan perhatikan jari dia yang terkena kepala katil tadi. Jed meniup lembut jari dia sebelum mencium jari itu. Iman pulak cuma perhatikan saja kelakuan Jed itu.

“Abang keluar dengan siapa tadi?” Soalan itu tiba-tiba keluar dari mulut Iman. Dia pandang kosong pada Jed yang masih pegang tangan dia tu.

Jed tiba-tiba senyum. “Iman nak tahu ke?”

Iman angguk. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tiba-tiba tanya soalan itu pada Jed. Mungkin sebab dia masih mamai lagi. Atau mungkin juga sebab dia nak tahu, betul ke Jed memang ada girlfriend lain. Tapi, kalau Jed memang ada girlfriend, apa yang patut dia buat? Dia baru saja nak berbaik semula dengan Jed selepas dengar cerita mama hari itu.
“Abang keluar dengan Bard, sayang.” Jed bersuara lembut sambil mengusap pipi Iman.
“Bard tu girlfriend abang?” Polos dia bertanya lagi.

Jed gelak. “Punya la sasa si Bard tu, ada ke patut Iman cakap dia girlfriend abang?”
“Habis tu, siapa yang minum dengan abang masa kat Starbucks hari tu?”

Jed senyum lagi. Senyum senang, lebih tepat lagi. “Itu Nia, girlfriend Bard. Sebenarnya Bard pun ada jugak masa tu. Mungkin Iman tak nampak sebab Iman berdiri kat tepi pintu. Abang pun nampak Iman sipi-sipi je hari tu. Seronok eh, spy suami sendiri.”

“Mana ada saya spy. Kebetulan je saya nampak hari tu.”
“Lepas tu, diam je. Tak tanya abang apa-apa. Kecik hati abang bila Iman ungkit balik benda tu, tuduh abang dating dengan perempuan lain. Lepas tu tak tegur abang sampai berhari-hari. Abang pergi outstation pun Iman tak salam abang dulu…”
“Sorry.” Iman terus menggenggam tangan Jed. Dia tahu dia salah sebab layan Jed dengan dingin selepas dia bergaduh dengan Jed hari tu. Dia banyak buat Jed terasa hati. Tapi, dia berterima kasih pada mama sebab bercerita semuanya tentang Jed. Kalau tak, mesti sampai sekarang dia masih bersikap negatif pada Jed.
“Tak apa. Abang pun banyak jugak buat salah dengan Iman.”

Lepas tu, masing-masing senyap. Iman senyap sebab dia masih rasa bersalah. Jed pulak senyap sebab Jed tengah perhatikan muka Iman sekarang ni. Iman pulak yang rasa segan. Dia boleh nampak anak mata Jed redup perhatikan mata dia, hidung dia, dan turun ke bibir dia. Dan dia boleh nampak Jed telan air liur. Okey, bahaya ni.
“Abang dah lunch?” tanya Iman, cuba alihkan perhatian Jed.
“Belum.” Perlahan suara Jed menjawab.

“Saya sembahyang Zohor sekejap, nanti saya masak eh? Saya ingat abang makan kat luar tadi. Itu yang saya tak masak.”
“Tak apa la, Iman. Kita makan kat luar je. Abang pun nak hantar baju abang kat dobi sekali.”
“Bukan abang tak suka hantar dobi ke?”

“Dah tu, takkan Iman yang nak basuhkan baju abang banyak-banyak tu?”
“Saya dah siap basuh dah, abang. Siap jemur sekali.”
Jed nampak terkejut. “Iman basuh baju abang? Semua?”

“Hmm.” Dia angguk. “Abang jangan risau la. Saya basuh guna tangan, bukan guna mesin basuh.”
Jed terpaku. Tak lama selepas itu, satu senyuman terukir di bibir Jed. Jed mencapai tangan kanan Iman dan mencium tapak tangan itu. Entah kenapa Iman tiba-tiba rasa terharu bila Jed cium tapak tangan dia tu. Rasa macam kasih sayang Jed terlimpah ruah pada dia melalui ciuman itu. Kenapa sekarang dia baru sedar yang Jed memang sayangkan dia? Kenapa sekarang dia baru sedar yang Jed dah banyak berusaha untuk perkahwinan ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience