Completed
26396
8
RAMAI juga saudara maranya yang hadir pada malam itu. Meriah juga suasana yang dipenuhi saudara mara yang datang dari jauh. Keluarga belah Najah dan Luthfi, semuanya berkumpul di banglo mewah milik keluarga Luthfi.
Najah melentokkan kepalanya pada bahu Luthfi. Luthfi pula memandang wajah Najah yang sedang memandangnya sambil tersenyum. “Amboi, pengantin baru! Agak-agaklah depan budak-budak ni. Kalau ya pun, bawak-bawak lah ke bilik. Dapat juga kitaorang ahli keluarga baru.” Spontan kepala Najah ditegakkan semula. Rasa berdebar-debar pulak dengan pernyataan yang dibuat Kak Rania. Macam mana nak dapat ahli keluar baru kak oi, suami kita ni gay orangnya! Aduhai!
“Kalau macam tu, hmm, sayang, jom masuk bilik! Diaorang dah bagi green light tu, jomlah.” Rengek Luthfi manja.
Senyuman nakal dihadiahkan pada isterinya. Tidak menunggu balasan Najah, Luthfi pantas menarik tangan isterinya agar dia mengekorinya ke bilik. Muka blur Najah mendapat gelak tawa dari saudara maranya yang hadir.
Tangan Najah dilepaskan seraya mengunci tombol pintu bilik. Luthfi bersandar sambil berpeluk tubuh menghadap Najah pada pintu. Senyuman senget meleret ditarik. Perlahan-lahan, dia menghampiri Najah yang masih berdiri tegak memandang Luthfi.
‘Aik? Minah ni tak bergerak pun. Tak takut ke?’ bisik hati Luthfi bingung kerana tiada tindak balas dari perempuan yang telah menjadi isterinya siang tadi.
Najah memeluk tubuh. Saat tubuh Luthfi yang makin dekat dengannya, dada lelaki itu ditolak lembut.
“Tak payah nak main-main dengan aku lah! Macam aku tak tahu, kau sengaja nak takut-takutkan aku kan? Eleh…aku tak takut pun la !” ujar Najah bangga sambil memeluk tubuhnya kembali.
Luthfi tersenyum senget. ‘Ohh, tak takut ya…hehe’
“Tapi, kau tahu kan yang aku ni lelaki. Gay macam mana pun, sekali ngap je dah boleh buat kau mengandung. Don’t you think so, Puan Safinatunnajah?” Rambut Najah yang panjang berwarna hitam pekat itu dibelai-belai.
Pandangan ‘killer eyes’ dihadiahkan pada isterinya yang sudah semakin terasa kebahangannya. Tangannya kemudian beralih pada wajah putih mulus milik Najah. Satu ciuman hinggap di dahi gadis itu dengan laju. Terbuntang mata Najah melihat lelaki di hadapannya itu.
“ Okey, I nak tidur! Good night, sayang!” Luthfi tersenyum seraya terus meloncat ke atas katil. Isterinya yang masih berdiri tegak itu tidak dipedulikan. Dia hanya fikir untuk tidur saja sekarang ni. Penat!
Najah memegang dadanya yang sudah tidak berdegup seirama itu. Kenapa sentuhan dan belaian lelaki itu terasa seperti luar biasa? Macam betul je, macam benar je, macam pelik je!
Share this novel