Bab 7

Romantic Comedy Completed 26396

7

“AKU nikahkan dikau, Luthfi Darwisy bin Lukman Darwisy dengan Safinatunnajah binti Taufik Rahman dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.”

Najah menggigit bibir. Mata dihalakan pada Luthfi yang segak berbaju melayu warna putih sedang fokus tertunduk mendengar ijab yang dilafazkan tok kadi. “ Aku terima nikahnya, Safinatunnajah binti Taufik Rahman dengan mas kahwinnya seribu tunai.”

Goncangan tangan tuk kadi mengesahkan bahawa Safinatunnajah telah sah menjadi isteri kepada Luthfi Darwisy. Kalau selalunya, si isteri akan mengalirkan air mata saat dinikahkan. Tapi, lain ceritanya dengan gadis bernama Najah. Najah tersenyum gembira tatkala Luthfi disahkan menjadi suaminya. Rasa berbunga-bunga je. Tak tahu kenapa.

Sudah tiba masanya untuk membatalkan air sembahyang. Luthfi menghampiri Najah lalu menggapai tangan putih mulus milik dia dan menyarungkan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian pada jari manis Najah. Selepas dia menyalami tangan Luthfi, kucupan hangat hinggap pada ubun-ubun Najah lalu lelaki itu seperti berdoa sesuatu.

“Tengok sini you guys!” Najah dan Luthfi memandang ke arah Hana yang sedang memegang kamera itu. Kami berdua tersenyum gembira di hadapan kamera sambil membuat tanda peace.

Klik! “Nice! Macam pasangan bahagia aku tengok.” Puji Hana tapi matanya menjeling tajam pada Najah.

Dia hanya memandang ke tempat lain sambil lengan sasa milik Luthfi dipeluknya erat. Hana mengeluh. Tak tahulah dia berapa lama perkahwinan diaorang ni boleh tahan. Seorang tu senget, yang seorang lagi gay pulak! Adoi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience