Bab 13

Romantic Comedy Completed 26396

13

HANA memandang kawannya yang sudah menekup mukanya di atas meja. Terdengar omelan tidak henti dari rakan baiknya itu.

Lepas tu, dia buat apa dekat kau?” tanya Hana ingin tahu. Sengihan di bibirnya makin melebar.

Najah mengangkat wajahnya sambil menghadiahkan jelingan tajam. Boleh pulak minah ni fikir sampai ke situ. Dia sibuk tengah fikirkan mengenai lelaki itu, Hana boleh pula menanyakan soalan yang bukan-bukan. Huh! Apa punya kawan ni.

“Mana ada jadi apa-apa. Aku lari masuk bilik tetamu. Menakutkan kau tahu tak.” Ujar Najah sambil memeluk tubuhnya. Rasa seram sejuk bila dapat tahu yang suami dia bukannya seorang yang gay rupanya. Wah! Bagus betul lelaki itu menutup kebenaran yang satu itu dari dia.

“So, apakah perasaan anda apabila dapat tahu yang suami anda itu bukan gay?” tanya Hana sekadar bergurau. Najah hanya menghadiahkan senyuman tawar. Untuk membuat pengesahan dengan lebih tepat lagi, dia harus tanya pada seseorang yang memang rapat dengan Luthfi. Kim!

Hana dan Najah saling berpandangan. Masih lagi blur-blur dengan penjelasan yang diberikan oleh Kim. Lelaki itu dipandang tidak berkelip.

“Boleh tak you jelaskan sekali lagi. Kitaorang tak berapa nak paham lah.” Ujar Hana spontan seraya terus memandang lelaki itu fokus.

Kim menarik nafas sebelum memberikan penjelasan sekali lagi pada kedua-dua gadis yang berada di hadapannya itu.

“Actually, girls. My friend, Luthfi is not a gay. Dia pura-pura jadi gay semata-mata untuk rapat dengan you, Najah. Dia minta tolong I supaya jadi ‘teman gay’ dia supaya dia dapat berkenalan dengan you. You ingat tak apa yang you cakap masa depan pintu rumah dia masa tu?”

Najah berfikir-fikir kemudian dia menjongket bahu.

“You cakap yang you suka lelaki gay.”

Serentak Najah dan Hana menutup mulut sendiri. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim. Tidak sangka lelaki itu sanggup digelar gay sedangkan dia bukannya gay semata-mata nak berkenalan dengan dia dan hanya kerana dia sukakan lelaki gay? Biar betul!

“Hmm, by the way, Miss Hana. You dah ada boyfriend belum?” tanya Kim sambil menaikkan keningnya sebelah. Senyuman senget ditarik. Hana hanya tersipu-sipu malu sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Kim tersenyum gembira.

‘Yes! Ada peluang nak masuk jarum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience